Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Jadual padat PM Anwar di Sabah hari ini
  • SEMASA

Jadual padat PM Anwar di Sabah hari ini

Utusan Sarawak 17 hours ago
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada Sesi Ramah Mesra Perdana Menteri bersama Persatuan Industri Sabah di Magellan Sutera, di Kota Kinabalu, semalam. Foto BERNAMA

KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan lawatan kerjanya di Sabah hari ini dengan jadual padat, melibatkan empat program utama di sekitar Kota Kinabalu dari pagi hingga malam.

Program Perdana Menteri bermula dengan sesi walkabout dan sarapan pagi bersama komuniti setempat di Pasar Pagi Jalan Gaya, pada 9.00 pagi.

Beliau kemudian menghadiri Program Rancakkan MADANI Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada 10.00 pagi.

Pada sebelah petang, Perdana Menteri dijadual menyampaikan Amanat Presiden kepada kepimpinan parti sempena persediaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17, diikuti Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Pusat (MPP) bersama Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah dan Pimpinan Angkat di Bilik Mesyuarat 4, SICC pada 4.00 petang.

Program terakhir beliau ialah Sesi Rapat Umum dan Pengumuman Calon PKR bagi PRN Sabah di SICC yang dijadual berlangsung pada 9.00 malam.

Perdana Menteri dijadual meneruskan lawatan kerja ke Tawau esok.

— BERNAMA

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Jangan salah guna kebaikan rakan, itu juga buli di tempat kerja – Nancy
Next: Selesai tuntutan MA63 menerusi perbincangan, bukan ‘berperang’ – PM Anwar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.