Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Buli semakin membimbangkan, Mong gesa ibubapa lebih peka pantau anak-anak
  • Tengah
  • WILAYAH

Buli semakin membimbangkan, Mong gesa ibubapa lebih peka pantau anak-anak

Utusan Sarawak 5 hours ago
 DATUK Mong Dagang merasmikan Kejohanan Olahraga Antara Rumah Sukan SK Munggu Bringgin 2025, di Sri Aman kelmarin. Foto: Pusat Khidmat ADUN N.31 Bukit Begunan

SRI AMAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan, Datuk Mong Dagang menzahirkan kebimbangan terhadap gejala buli dalam kalangan murid dan pelajar yang kini bukan sahaja berlaku di sekolah, malah turut merebak ke luar persekitaran sekolah.

Beliau menegaskan bahawa fenomena tersebut semakin membimbangkan dan memerlukan perhatian serius daripada semua pihak, khususnya ibubapa.

“Gejala buli ini bukan hanya berlaku di dalam sekolah, malah turut berlaku di luar sekolah.

“Ibubapa perlu memainkan peranan penting memantau anak-anak mereka setiap masa, bukan hanya menyerahkan tanggungjawab itu kepada pihak sekolah semata-mata,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kejohanan Olahraga Antara Rumah Sukan Sekolah Kebangsaan (SK) Munggu Bringgin 2025, dekat sini kelmarin.

Menurut Mong, ibubapa juga harus lebih berhati-hati terhadap kecenderungan anak-anak yang gemar bermain telefon pintar, kerana kandungan negatif yang dipaparkan di media sosial berpotensi mempengaruhi tingkah laku mereka.

“Apabila murid pulang dari sekolah, mereka perlu dipantau supaya tidak terikut-ikut dengan gejala negatif yang mungkin mereka lihat di telefon, khususnya yang melibatkan unsur buli,” tegasnya.

Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM70,000 di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) 2026 bagi kerja-kerja baik pulih jalan raya ke sekolah tersebut, sebagai tanda sokongan terhadap pembangunan kemudahan pendidikan di kawasan itu.

Kejohanan sukan tahunan berkenaan disertai seramai 89 murid, termasuk lima murid prasekolah dan peserta dari Tahun Satu hingga Tahun Enam.

Empat rumah sukan bertanding iaitu Biru, Kuning, Merah dan Hijau bagi merebut gelaran juara keseluruhan serta memilih atlet ke Kejohanan Olahraga Peringkat Zon Pantu yang akan datang.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Penghulu Menjang Niah, Penghulu Riji Gu, Kaunselor Wellington Akir, Kaunselor Kamih Medang, serta tuai-tuai rumah dari beberapa kampung sekitar termasuk Kampung Punggu, Kara, Bait, Empelanjau, Ran dan Empili. Kehadiran ibu bapa dan penduduk tempatan turut memeriahkan acara tahunan tersebut.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Perpaduan, solidariti kunci kestabilan masyarakat
Next: Tujuh projek BDDA bernilai lebih RM1 juta diluluskan untuk DUN Krian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.