Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Perpaduan, solidariti kunci kestabilan masyarakat
  • WILAYAH

Perpaduan, solidariti kunci kestabilan masyarakat

Utusan Sarawak 6 hours ago
SELAMAT… Datuk Rosey, Datuk Dr Ripin Lamat dan Dato Lukanisman Awang Sauni ketika tiba Program RSK Bahagian Miri di Daerah Subis di rumah panjang Penghulu Mokeng, petang tadi. Foto Adum Liu  

BEKENU: Perpaduan dan solidariti masyarakat ramuan utama untuk memastikan kestabilan ekonomi, sosial dan politik dalam masyarakat majmuk seperti kita.

Namun, perpaduan ini tidak hadir dengan sendiri, ia perlu dipupuk dengan penuh kesedaran, ditanam dalam jiwa sejak dari kecil dan disemai dalam kehidupan seharian kita.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak Datuk Rosey Yunus berkata hanya dengan cara itu, nilai kebersamaan dan saling menghormati dapat menjadi pegangan sepanjang hayat agar kita terus hidup sebagai komuniti yang kuat, harmoni dan sejahtera.

“Melalui aktiviti solidariti komuniti seperti Dialog Awam Mini Solidariti, Sukan Solidariti Komuniti dan Malam Solidariti Komuniti yang diadakan sepanjang Program Randau Solidariti Komuniti (RSK) ini.

“Saya yakin para peserta akan dapat benar-benar merasai nilai kebersamaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penangguhan Program RSK Bahagian Miri di Daerah Subis di Rumah Panjang Penghulu Mokeng, petang tadi.

 DATUK Rosey Yunus ketika berucap pada Majlis Penangguhan Program RSK Bahagian Miri di Daerah Subis di rumah panjang Penghulu Mokeng, petang tadi. Foto Adum Liu  

Tambahnya, aktiviti ini bukan sahaja mengeratkan hubungan tetapi juga menanam kesedaran bahawa hubungan yang berkualiti boleh dibina tanpa mengira jantina, usia, etnik mahupun agama. Inilah semangat sebenar perpaduan yang kita ingin pupuk bersama.

“Apabila wujudnya hubungan yang baik dan saling menghormati, lebih mudah untuk kita mencapai kesefahaman serta kebersamaan yang mengukuhkan keharmonian sosial dalam komuniti kita di Daerah Subis.

“Apabila semangat ini menjadi budaya bersama, maka apa jua isu dan cabaran sosial dapat ditangani dengan lebih bersepadu, teratur dan berkesan.

“Dalam masyarakat yang bersatu padu dan utuh, pembangunan yang seimbang lebih mudah dicapai, ini kerana pembangunan ekonomi dan fizikal hanya akan benar-benar memberi makna apabila ia berlangsung dalam suasana sosial yang sejahtera, aman dan harmoni,” jelasnya lagi.

Sehubungan itu, bahawa matlamat kerajaan Sarawak menjelang 2030 adalah untuk mencapai status negeri maju dengan pembangunan yang seimbang.

Hal ini selaras dengan saranan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk memastikan bahawa ‘tidak ada individu yang tertinggal’ dalam arus pembangunan di negeri ini.

“Oleh itu, marilah kita terus memupuk perpaduan dan solidariti dalam kepelbagaian, demi meningkatkan kesejahteraan komuniti, khususnya di Daerah Subis dan amnya di seluruh Sarawak.

“Saya yakin, program-program seperti ini akan membuahkan hasil yang bermakna sekiranya kita laksanakan dengan penuh komitmen dan secara konsisten,” tegasnya.

Turut hadir Timbalan Menteri Kesihatan Dato Lukanisman Awang Sauni dan Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Dr Ripin Lamat dan Pemangku Tuai Rumah Kaunselor Bill Clinton serta ketua-ketua kaum setempat.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: RTP ubah landskap luar bandar terutamanya di kawasan DUN Bukit Begunan
Next: Buli semakin membimbangkan, Mong gesa ibubapa lebih peka pantau anak-anak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.