Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Karnival ‘Jom Terpaling Sihat’ pupuk kesedaran komuniti Miri jaga kesihatan
  • Utara
  • WILAYAH

Karnival ‘Jom Terpaling Sihat’ pupuk kesedaran komuniti Miri jaga kesihatan

Utusan Sarawak 15 hours ago
RASMI…Timbalan Datuk Bandar Miri, Ariffin Mohamad, (empat dari kanan) memotong riben pada belon simbolik merasmikan Karnival Kesedaran Kesihatan ‘Jom Terpaling Sihat’ 2025 di Miri hari ini.

MIRI: Karnival Kesedaran Kesihatan ‘Jom Terpaling Sihat’ 2025 disifatkan sebagai langkah proaktif dalam memupuk kesedaran dan budaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat setempat.

Menurut Timbalan Datuk Bandar Miri, Ariffin Mohamad, karnival yang menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat  termasuk petugas kesihatan, guru, ibubapa dan pelajar  bukan sekadar program kesihatan biasa, tetapi manifestasi semangat kebersamaan dan kepedulian terhadap kesejahteraan komuniti.

“Karnival ini menjadi wadah untuk kita bersama-sama menilai tahap kesihatan diri dan menimba ilmu baharu mengenai penjagaan kesihatan.

” Ia juga mengingatkan kita bahawa kesihatan bukan tanggungjawab individu semata-mata, tetapi tanggungjawab bersama seluruh komuniti,” katanya ketika berucap merasmikan karnival tersebut di sini, hari ini.

Ariffin menegaskan bahawa dalam dunia moden yang serba pantas, masyarakat kini berdepan pelbagai cabaran kesihatan yang semakin kompleks, termasuk penyakit tidak berjangkit seperti diabetes, tekanan darah tinggi, obesiti serta masalah kesihatan mental.

“Kadang-kadang kita terlalu sibuk mengejar tugasan hingga lupa menjaga diri sendiri  makan tak menentu, tidur tidak cukup, stres berpanjangan.

“Lama-kelamaan semua ini boleh menjejaskan kualiti hidup dan kesejahteraan keluarga,” ujarnya.

Justeru, katanya, penganjuran karnival seperti ini amat penting bagi memberi peluang kepada masyarakat untuk berhenti sejenak, menilai tahap kesihatan dan mendapatkan maklumat mengenai amalan gaya hidup sihat.

Karnival tersebut turut menampilkan pelbagai aktiviti seperti pemeriksaan kesihatan percuma, ceramah kesihatan, pameran, demonstrasi pemakanan sihat dan aktiviti interaktif melibatkan agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan (NGO).

Ariffin turut menggesa semua lapisan masyarakat agar membudayakan gaya hidup sihat sebagai amalan berterusan, bukan hanya semasa karnival berlangsung.

“Kepada anak muda, jagalah kesihatan kerana anda pemimpin masa depan negara. Kepada golongan dewasa, jadilah contoh teladan kepada keluarga dan masyarakat. Tidak pernah terlalu awal atau terlalu lewat untuk bermula,” katanya.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: SmartBiz Desa buka peluang digital kepada usahawan luar bandar
Next: Geran berjumlah RM200,300 untuk 25 penerima di Parlimen Sri Aman 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.