Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Masjid Baharu Kabong bakal jadi mercu tanda baharu
  • Tengah
  • WILAYAH

Masjid Baharu Kabong bakal jadi mercu tanda baharu

Utusan Sarawak 23 hours ago
DATO Mohd Chee Kadir semasa menghadiri Taklimat Cadangan Pembinaan Masjid Baharu Kabong yang diadakan di Pejabat Daerah Kabong semalam. Foto Pusat Khidmat ADUN Kabong

KABONG: Projek pembinaan Masjid Baharu Kabong kini berada pada peringkat perancangan akhir dan dijangka menjadi mercu tanda baharu bagi masyarakat Islam di kawasan ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir berkata, masjid berkenaan bakal menjadi kemudahan ibadah moden dan selesa, sekaligus memperlihatkan komitmen kerajaan negeri dalam menyediakan prasarana keagamaan yang kondusif untuk masyarakat tempatan.

“Masjid baharu ini akan menjadi kemudahan ibadah moden dan selesa kepada penduduk Kabong. 

“Ia juga memperlihatkan komitmen kerajaan negeri dalam menyediakan prasarana keagamaan yang kondusif selaras dengan keperluan masyarakat tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menghadiri Taklimat Cadangan Pembinaan Masjid Baharu Kabong, Blok 14, Kabong Town District yang diadakan di Pejabat Daerah Kabong semalam.

Taklimat itu dianjurkan oleh SOM Architects Sdn. Bhd. (Sim, Odita dan Muhammad Architects Sdn. Bhd.) dengan penglibatan pelbagai agensi serta pihak teknikal berkaitan.

Antara yang hadir ialah wakil Majlis Islam Sarawak, Jabatan Agama Islam Bahagian Betong, serta pihak perunding dan kontraktor projek seperti Perunding Azra Sdn. Bhd., Jurutera Azan Bersekutu Sdn. Bhd., Kumpulan Ukor Bahan Sarawak dan Doland (M) Sdn. Bhd.

Sesi itu turut membentangkan status semasa dan penyelarasan aspek teknikal serta pelaksanaan projek, bagi memastikan pembinaan masjid berkenaan berjalan lancar dan memenuhi keperluan komuniti Islam Kabong.

Dengan reka bentuk moden dan fungsi serba lengkap, Masjid Baharu Kabong bukan sahaja bakal menjadi pusat ibadah, tetapi juga simbol perpaduan serta kemajuan masyarakat Islam di daerah terbabit.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Tapak perkuburan baharu Gereja BEM Bintangor siap
Next: Kecerdasan buatan pemangkin ekonomi digital Sarawak – Michael Tiang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.