Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Tujuh lelaki termasuk dua warga Indonesia diberkas miliki syabu di Limbang
  • JENAYAH

Tujuh lelaki termasuk dua warga Indonesia diberkas miliki syabu di Limbang

Utusan Sarawak 1 day ago
SUSPEK syabu melibatkan warga asing dan tempatan berjaya ditahan di Limbang. Foto IPD Limbang

LIMBANG: Dua sekawan yang berada di bawah pengaruh dadah ditahan manakala dua paket syabu dirampas bersama mereka dalam serbuan di salah satu rumah di Kampung Seberang Kedai semalam.

Ketua Polis Daerah Limbang, Superintenden Parum Niot berkata kedua suspek berusia 34 dan 42 tahun bekerja sebagai buruh kasar di daerah ini ditahan dalam serbuan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Limbang 1.00 petang.

“Hasil pemeriksaan di dalam bilik rumah itu, polis berjaya merampas dari setiap seorang, satu paket plastik lutsinar di dalamnya berisi dadah disyaki jenis syabu, masing-masing beranggaran berat 0.25 gram dan 0.5 gram,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kata Parum, kedua-dua suspek mempunyai satu rekod lampau berkaitan kesalahan dadah dan mereka dipercayai mula terlibat dalam aktiviti penagihan dadah sejak awal 2020.

“Hasil ujian saringan air kencing didapati kedua-dua suspek positif dadah,” ujarnya.

SUSPEK syabu melibatkan warga asing dan tempatan berjaya ditahan di Limbang. Foto IPD Limbang

Dalam operasi berasingan seorang nelayan turut ditahan kerana positif dadah dalam serbuan pada 11.40 pagi di Kampung Limpaku Pinang.

“Hasil semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan dipercayai mula terlibat dalam aktiviti penagihan dadah sejak awal 2025,” jelasnya.

Kes disiasat dibawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

Sementara itu, dua lelaki warganegara Indonesia diberkas dan dadah disyaki memiliki dadah jenis syabu beranggaran berat 0.1 gram dirampas dalam serbuan di Kawasan Jalan Tebabang, petang Rabu lepas.

Kedua-dua lelaki tersebut mempunyai permit kerja yang sah ditahan 4.00 petang dan semakan mendapati mereka telah memasuki Limbang sejak awal 2025.

Selain itu, dua lelaki tempatan telah ditahan kerana positif dadah dalam serbuan kedua pada 4.20 petang di kawasan Perumahan Sri Patiambun Limbang.

Kes disiasat dibawah  Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

Oleh Adeng Edrus

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: 246 kes dadah didakwa, 221 individu ditahan sepanjang Op Tapis Narkotik di Sibu
Next: Man with multiple drug offences arrested along Jalan Canna

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.