Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Operasi mencari dua nelayan hilang perairan Tanjung Payung memasuki hari kedua
  • WILAYAH

Operasi mencari dua nelayan hilang perairan Tanjung Payung memasuki hari kedua

Utusan Sarawak 12 hours ago
ANGGOTA APMM Bintulu melakukan pemantauan semasa Operasi Carilamat bagi mengesan dua nelayan yang masih hilang di perairan Tanjung Payung, Bintulu hari ini. Foto APMM Bintulu

BINTULU: Operasi mencari dan menyelamat (Carilamat) bagi mengesan dua nelayan yang dikhuatiri hilang selepas kapal tunda dinaiki mereka terbalik di perairan Tanjung Payung memasuki hari kedua hari ini.

Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kapten Maritim Muhammad Suffian Eldine Abdullah berkata, operasi berkenaan turut disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) bagi memperluas kawasan pencarian.

“Keluasan sektor pencarian hari ini meliputi 35.28 batu nautika persegi melibatkan aset Agensi Penguatkuasaan Maritim (APMM) Bintulu dan PDRM. 

“Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) juga ditubuhkan di Pelabuhan Bintulu bagi menyelaras operasi bersama agensi sahabat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

ANGGOTA APMM Bintulu melakukan pemantauan semasa Operasi Carilamat bagi mengesan dua nelayan yang masih hilang di perairan Tanjung Payung, Bintulu hari ini. Foto APMM Bintulu

Menurutnya, empat mangsa yang diselamatkan malam tadi telah dibawa ke Hospital Nyabau Bintulu untuk menerima rawatan lanjut, manakala usaha mengesan dua lagi mangsa masih diteruskan.

Beliau berkata, bot ronda APMM Bintulu menemukan kapal tunda karam berkenaan pada 11.35 pagi di kedudukan tiga batu nautika barat laut Kuala Suai, sebelum penandaan lokasi dibuat bagi pelaksanaan kerja penyelaman oleh Penyelam Penyelamat Maritim Malaysia.

“Seramai 31 pegawai dan anggota daripada pelbagai agensi terlibat dalam operasi hari ini. 

“Keadaan laut bergelora dengan ombak setinggi 1.5 hingga 2.5 meter tidak menghalang pasukan untuk meneruskan pencarian,” katanya.

Pada Rabu lalu, kapal tunda dinaiki enam nelayan itu terbalik akibat keadaan laut bergelora dan angin kencang di perairan Tanjung Payung yang mana empat mangsa berjaya diselamatkan manakala dua lagi masih hilang.

Maritim Malaysia turut menasihatkan komuniti maritim supaya tidak turun ke laut ketika cuaca buruk serta mematuhi peraturan keselamatan dan undang-undang pelayaran.

Sebarang maklumat atau kecemasan di laut boleh dilaporkan melalui talian 999, Pusat Operasi Zon Maritim Bintulu di 086-314254 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak di 082-432544.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Program Temu Mesra IPD Lubok Antu perkukuh usaha bendung jenayah siber
Next: RTP ubah landskap luar bandar, tingkat kesejahteraan penduduk di DUN Krian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.