Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Keputusan kes saman keluarga Altantuya: Mahkamah rayuan tetap 20 Januari 2026
  • MAHKAMAH

Keputusan kes saman keluarga Altantuya: Mahkamah rayuan tetap 20 Januari 2026

Utusan Sarawak 23 hours ago
KELUARGA Altantuya menunggu keputusan rayuan Mahkamah Rayuan terhadap saman sivil terhadap kerajaan dan Abdul Razak Baginda.

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan menetapkan 20 Januari tahun depan bagi keputusan rayuan difailkan kerajaan dan penganalisis politik Abdul Razak Baginda, terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memihak kepada keluarga warga Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Peguam Abraham Au yang mewakili Abdul Razak, mengesahkan perkara tersebut ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata mahkamah akan menyampaikan keputusan secara dalam talian melalui aplikasi Zoom.

Pengurusan kes telah diadakan pada 4 November di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah Rayuan Mariam Hasanah Othman.

Pada 9 Oktober tahun ini, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Hakim Datuk Hashim Hamzah, Datuk Azman Abdullah dan K. Muniandy, menangguhkan keputusan selepas mendengar hujahan daripada semua pihak dalam rayuan tersebut.

Pada 16 Disember 2022, Mahkamah Tinggi Shah Alam telah membenarkan saman sivil yang difailkan oleh keluarga Altantuya dan memerintahkan bekas pegawai polis Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar, bersama Abdul Razak dan kerajaan, supaya membayar ganti rugi berjumlah RM5 juta secara bersama.

Kerajaan dan Abdul Razak kemudiannya memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Ibu bapa Altantuya serta cucu mereka telah memfailkan saman berjumlah RM100 juta pada 4 Jun 2007, dengan mendakwa bahawa kematian Altantuya telah menyebabkan mereka mengalami kejutan mental dan trauma psikologi.

Dua bekas pegawai polis, Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar, telah disabitkan bersalah pada 2009 atas tuduhan membunuh Altantuya di Shah Alam antara 19 dan 20 Oktober 2006.

Mahkamah Persekutuan pada 2015 mengekalkan sabitan dan hukuman mati terhadap mereka Azilah dan Sirul, selepas membatalkan keputusan pembebasan sebelum itu oleh Mahkamah Rayuan.

Namun, Sirul Azhar tidak hadir ke mahkamah pada 2015 dan dipercayai berada di Australia.

Pada Oktober 2023, Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan semakan Azilah dan menukar hukuman matinya kepada penjara 40 tahun.- Bernama

Continue Reading

Previous: 13 lelaki termasuk CEO GISB dipenjara 15 bulan, sembilan wanita didenda RM4,500

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.