Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • TH lancar ‘Thoriq Ya Hajj’ pertandingan jalan kaki maya pertama untuk bakal haji
  • NASIONAL

TH lancar ‘Thoriq Ya Hajj’ pertandingan jalan kaki maya pertama untuk bakal haji

Utusan Sarawak 21 hours ago
PROGRAM ‘Thoriq Ya Hajj’ menggunakan platform maya bagi membolehkan bakal jemaah mencatat langkah harian sebagai persediaan fizikal menunaikan ibadah haji. Foto Tabung Haji

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) melancarkan program ‘Thoriq Ya Hajj’, inisiatif pertandingan berjalan kaki secara maya pertama khusus untuk bakal haji bagi memperkukuh tahap kesihatan dan kesiapsiagaan fizikal mereka menjelang musim haji 1447H/2026M.

Ketua Pegawai Eksekutif TH Mustakim Mohamad berkata inisiatif itu seiring penekanan aspek istito’ah atau berkemampuan kesihatan sebagai syarat penting ibadah haji, di samping usaha berterusan TH memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan bakal haji.

“Ibadah haji adalah satu ibadah yang menuntut kekuatan fizikal dan daya tahan yang tinggi. Sebagai contoh, ketika di Tanah Suci, jemaah haji muassasah perlu berjalan kira-kira 2 kilometer (km) untuk berulang-alik dari hotel penginapan ke masjid. Jarak perjalanan ini bertambah sehingga lebih 7km ketika operasi masyair iaitu jemaah perlu berjalan dari perkhemahan di Mina ke Jamarat untuk menunaikan ibadah melontar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata ‘Thoriq Ya Hajj’ menjadi platform bagi bakal haji meningkatkan stamina secara berperingkat, selain membantu mereka membuat persediaan fizikal dan mental bagi menghadapi cabaran sebenar ketika menunaikan ibadah haji.

Mustakim berkata program selama dua bulan itu terbuka secara individu kepada peserta Kursus Asas Haji (KAH) dalam dua kategori umur iaitu 55 tahun ke bawah dan 56 tahun ke atas.

Peserta perlu memuat turun aplikasi Pacer untuk merekod jumlah langkah harian masing-masing sepanjang tempoh pertandingan.

“Ungkapan ‘Thoriq Ya Hajj’ merujuk kepada ungkapan yang sering diucapkan oleh pengawal masjid di Tanah Suci yang bermaksud ‘jalanlah wahai para jemaah’.

“Sebanyak 100 peserta setiap kategori kumpulan umur dengan jumlah langkah terbanyak akan menerima hadiah menarik berupa barangan edisi terhad TH,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Mustakim berkata TH kini menganjurkan siri KAH di lebih 200 masjid seluruh negara sejak 3 Oktober lepas, merangkumi modul fiqah manasik, fardu ain, taharah, solat, fiqah wanita, kesihatan dan pengurusan haji.

“TH sentiasa komited dalam memberikan bimbingan haji terbaik kepada bakal-bakal haji kita. Alhamdulillah, jemaah haji Malaysia sentiasa menerima pujian daripada Kerajaan Arab Saudi dan jemaah haji antarabangsa kerana tahap kefahaman tatacara ibadah haji yang tinggi,” katanya.

Sebanyak 13 siri KAH dijadualkan secara berperingkat dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri dan Jawatankuasa Masjid, dan bakal haji boleh menyemak jadual serta mendaftar penyertaan melalui laman sesawang rasmi TH.- Bernama

Continue Reading

Previous: MetMalaysia keluar nasihat ribut Lekukan Tropika
Next: Rombakan kabinet: Anwar berseloroh minta media beri cadangan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.