Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Produk makanan Sarawak raih minat pembeli China di Pameran Import Antarabangsa China
  • BISNES

Produk makanan Sarawak raih minat pembeli China di Pameran Import Antarabangsa China

Utusan Sarawak 4 hours ago
TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menghadiri Pameran Import Antarabangsa China (CIIE) ke-8, hari ini. Foto UKAS

SHANGHAI: Produk makanan keluaran syarikat Sarawak menjadi antara tumpuan utama di Malaysia Pavilion sempena Pameran Import Antarabangsa China (CIIE) ke-8 yang dilancarkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, hari ini.

Menurut Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang turut menghadiri CIIE tahun ini, sebanyak lima syarikat Sarawak telah mengambil bahagian dalam pameran di Malaysia Pavilion iaitu SPL Food Industries Sdn Bhd (produk gula apong), Iana Corporation Sdn Bhd (kek lapis), Joyees Trading Sdn Bhd (produk lada), Nationfood Sdn Bhd (kerepek tempe) dan PPES Ternak Sdn Bhd (produk daging kornet).

“Produk-produk ini telah menarik minat ramai pembeli dari China,” ujar beliau dalam satu kenyataan media.

TIMBALAN Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menghadiri Pameran Import Antarabangsa China (CIIE) ke-8, hari ini. Foto UKAS

Untuk rekod, Malaysia dan China meraikan ulang tahun ke-50 hubungan persahabatan dua hala pada tahun lalu, yang mencatatkan nilai dagangan rekod sebanyak A$S106.06 bilion, serta mengekalkan China sebagai rakan dagang terbesar Malaysia selama 16 tahun berturut-turut.

“Sambutan tersebut menandakan tahun yang bersejarah dalam hubungan Malaysia-China, diserlahkan dengan pencapaian penting dalam bidang perdagangan dan pelaburan yang mencerminkan kerjasama erat serta wawasan bersama kedua-dua negara,” katanya lagi.

Sehubungan itu, Awang Tengah yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan menggesa agar lebih ramai Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) dari Sarawak dapat memanfaatkan peluang yang disediakan kerajaan melalui platform seperti MIHAS untuk mengembangkan pasaran eksport mereka.

Katanya, nilai perdagangan Sarawak dengan China telah mencecah RM27.3 bilion pada 2024, dengan produk petroleum, minyak sawit dan bahan kimia sebagai antara barangan utama yang didagangkan.

Hadir sama, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Datuk Dr Malcolm Mussen Lamoh, Penasihat Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Dato Sri Mohamad Naroden Majais dan tetamu kenamaan lain.

-UKAS

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Akta Sewa Beli (Pindaan) 2025 langkah positif ke arah keadilan, ketelusan
Next: Kerajaan kurangkan unjuran kebergantungan hasil petroleum kepada 12.5 peratus tahun depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.