Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Dua nelayan hilang selepas vesel terbalik akibat laut bergelora di Bintulu
  • Utara
  • WILAYAH

Dua nelayan hilang selepas vesel terbalik akibat laut bergelora di Bintulu

Utusan Sarawak 10 hours ago
VESEL nelayan yang terbalik akibat laut bergelora kira-kira tiga batu nautika barat laut Tanjung Payung, Bintulu. Dua nelayan masih hilang setakat ini.

BINTULU: Dua nelayan dilaporkan hilang selepas vesel yang dinaiki mereka terbalik akibat laut bergelora dan angin kencang kira-kira tiga batu nautika barat laut Tanjung Payung, petang semalam.

Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kepten Maritim Muhammad Suffian Eldine Abdullah berkata, kejadian itu dimaklumkan kepada Pusat Penyelamatan Maritim Cawangan (MRSC) Kuching selepas pihaknya menerima laporan daripada nakhoda kapal tunda TB. SWEE sekitar 6.15 petang.

Menurut beliau, kapal tunda berkenaan memaklumkan telah menemui dan menyelamatkan empat mangsa yang terselamat di lokasi kejadian.

“Salah seorang mangsa yang terselamat, dikenali sebagai Nasri Harun, memberitahu bahawa vesel nelayan kelas C yang mereka naiki karam akibat keadaan laut bergelora. 

“Dua lagi rakan mereka masih belum ditemui,” katanya dalam kenyataan hari ini.

KEADAAN lengan salah seorang mangsa yang terselamat menunjukkan kesan luka akibat terjatuh dan terkena objek tajam semasa kejadian vesel terbalik di perairan Bintulu, semalam.

Susulan laporan itu, MRSC Kuching segera mengaktifkan Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) dan menggerakkan bot ronda Maritim Malaysia ke kawasan kejadian bagi menjalankan operasi pencarian.

Beliau berkata, empat mangsa yang diselamatkan kini dalam pelayaran ke Pelabuhan Bintulu untuk mendapatkan rawatan lanjut, dengan salah seorang daripadanya mengalami kecederaan di tangan dan dagu.

“Maritim Malaysia menasihatkan komuniti maritim supaya tidak keluar ke laut ketika cuaca buruk serta sentiasa mematuhi prosedur keselamatan dan undang-undang pelayaran bagi mengelakkan kejadian tidak diingini,” ujarnya.

Dalam masa sama, beliau meminta orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan insiden atau kecemasan di laut agar segera menghubungi talian kecemasan 999, Pusat Operasi Zon Maritim Bintulu di talian 086-314 254 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak di talian 082-432 544 untuk tindakan segera.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Peserta luar bandar sanggup tempuh perjalanan empat jam sertai Kursus Cendawan Tiram
Next: Tanah susur cetus ancaman tanah runtuh di Kuala Tutoh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.