Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WBS
  • Puisi
  • WBS

Puisi

Utusan Sarawak 10 hours ago


Aku Tongkat Putih

Aku tetap aku

tetap berjalan

tiada bernyawa

tetap berjuang

menjadi penemanmu

tatkala dirimu buntu.

Aku tetap di sini

menjadi penyuluh jalan

dalam  setiap langkahmu.

Kita selalu seiringan

meniti landasan

yang penuh dengan liku-liku

kehidupan.

Walau apa jua hambatan

aku selalu di sisimu 

selagi  badanku tidak berkecai

selagi genggamanmu erat padaku.

Aku akan terus menuntun

menemani setiap langkah

menjadi saksi

dalam perjuangan

hingga kita menuju destinasi impian.

Nur Alina Semulih
Matang Jaya, Kuching

12 Ogos 2025


Lewati Hari

Yang sudah kita lewati

adalah detik yang terburu,

menyusur waktu, merangkai takdir.

Saat kita mengejar mimpi,

memasung kelam, memburu sinar.

Tanganmu kupimpin,

enggan kau melepaskan.

Saat rebah, tersungkur,

bangkit dengan senyuman,

kerana aku tetap di sisimu,

tak beranjak walau sedetik,

melewati hari tanpa lelah,

tanpa jemu.

Debu Kenyalang

13.02.2025

Bunga

Aku hanyalah sekuntum bunga kertas,

yang tidak lama lagi bersujud ke bumi,

Kelopakku jatuh satu persatu,

Warnaku semakin pudar.

Berbeza dengan rakanku,

bunga ros,

badannya dipenuhi duri tajam,

kekurangannya dihirau kerana kelopaknya

terang lagi lebat.

Ros dikagumi sentiasa,

dipelihara dan dijaga rapi,

aku iri,

bolehkah bunga kertas sepertiku

dilahirkan semula

sebagai bunga yang indah rupanya?

Nelly Geafley

SMK Dalat

Continue Reading

Previous: Membangunkan watak yang tidur dalam “Lelap”

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.