Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kerja naik taraf Jalan Ling Kai Cheng selesai berperingkat, sekolah jadi keutamaan
  • Tengah
  • WILAYAH

Kerja naik taraf Jalan Ling Kai Cheng selesai berperingkat, sekolah jadi keutamaan

Utusan Sarawak 3 weeks ago
BERJALAN LANCAR……Kerja-kerja naik taraf Jalan Ling Kai Cheng kini berjalan lancar.

SIBU: Kerja-kerja naik taraf Jalan Ling Kai Cheng kini berjalan lancar dengan keutamaan diberikan kepada kawasan bersebelahan SMK Bandar Sibu bagi mengurangkan masalah debu yang menjejaskan persekitaran sekolah.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Michael Tiang Ming Tee berkata, langkah itu diambil susulan aduan orang awam mengenai gangguan habuk sepanjang tempoh pembinaan.

“Selepas menerima maklum balas daripada orang ramai, saya segera berhubung dengan kontraktor dan mencadangkan supaya bahagian jalan di sebelah SMK Bandar Sibu diberikan keutamaan untuk kerja penurapan bagi mengurangkan habuk serta melindungi kesihatan pelajar dan guru,” katanya, hari ini.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan itu, kerjasama pantas daripada pihak kontraktor dalam melaksanakan penurapan lapisan pertama di kawasan berkenaan telah membantu mengurangkan debu sekali gus mewujudkan persekitaran yang lebih bersih dan selamat.

“Saya amat menghargai komitmen kontraktor yang segera melaksanakan kerja tersebut. Hasilnya, kawasan sekolah kini lebih selesa untuk pelajar dan ibu bapa,” ujarnya.

Tiang menambah, kerja-kerja di bahagian jalan dari arah Ling Kai Cheng menuju ke pusat bandar turut menunjukkan perkembangan positif dan dijangka siap untuk penurapan lapisan pertama dalam minggu ini.

Beliau menjelaskan, projek naik taraf Jalan Ling Kai Cheng dilaksanakan bagi meningkatkan keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya.

“Walaupun kerja pembinaan menyebabkan sedikit kesulitan sementara, saya yakin projek ini apabila siap kelak akan memberi manfaat besar kepada penduduk setempat,” katanya.

Dalam masa sama, beliau memaklumkan penutupan jalan pada waktu malam di sepanjang Jalan Ling Kai Cheng akan diteruskan sehingga 7 November ini bagi membolehkan kerja-kerja terakhir disiapkan.

Penutupan jalan dilaksanakan dari 8.00 malam hingga 4.00 pagi setiap hari, dan pengguna jalan raya dinasihatkan mengelak kawasan pembinaan atau menggunakan laluan alternatif.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: 20 peserta sertai program pendedahan lapangan ke Taman Negara Mulu
Next: Unfair blacklisting of scam victim by banks

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.