Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dua lelaki ditahan dalam Ops Tapis Khas IPD Meradong
  • JENAYAH

Dua lelaki ditahan dalam Ops Tapis Khas IPD Meradong

Utusan Sarawak 7 hours ago
DITAHAN….Kedua-dua suspek ditahan oleh pihak polis IPD Meradong, malam tadi. Foto IPD Meradong

BINTANGOR: Dua lelaki berumur 25 dan 27 tahun ditahan polis di sebuah rumah tidak bernombor dalam kawasan Bintangor selepas disyaki terlibat dengan kegiatan dadah, malam tadi. 

Ketua Polis Daerah (KPD) Meradong, DSP Tansli Mering, berkata tangkapan dilakukan sekitar 9.15 malam menerusi Ops Tapis Khas yang dilaksanakan oleh sepasukan anggota polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Meradong.

“Kedua-dua suspek ditahan kerana disyaki terlibat dengan kegiatan dadah dan dibawa balik ke IPD Meradong untuk siasatan lanjut. 

“Saringan ujian air kencing yang dijalankan di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Meradong mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini. 

Tambahnya, hasil semakan rekod lampau mendapati kedua-dua suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah atau dadah. 

“Kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabitkan kesalahan akan didenda tidak lebih daripada RM5,000 atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun. 

“Pihak polis memandang serius kesalahan berkaitan dadah di kalangan masyarakat dan tidak berkompromi dengan masalah tersebut,” tegasnya.

Dalam pada itu, beliau turut menggesa masyarakat agar menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kegiatan dadah di Daerah Meradong kepada pihak polis di Balai Polis Bintangor melalui talian 084-693222. 

Oleh Earl Anek 

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Polis Lubok Antu tahan lelaki jadi keldai akaun dalam tiga kes penipuan atas talian 
Next: Empat penagih dadah dijatuhi penjara dan sebatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.