Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Sistem penjejakan masa nyata jadi contoh inovasi Sarawak
  • KESIHATAN

Sistem penjejakan masa nyata jadi contoh inovasi Sarawak

Utusan Sarawak 12 hours ago
AMANAT… Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berucap pada majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoA) di antara Universiti Teknologi Swinburne, Kampus Sarawak, Novugen Pharma Sdn Bhd dan Pusat Perubatan Borneo (BMC), hari ini.

KUCHING: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian memuji sistem penjejakan masa nyata sebagai contoh jelas perkembangan ekosistem inovasi Sarawak.

Beliau berkata, inovasi dalam bidang kesihatan bukan sekadar mengenai rawatan perubatan, tetapi turut melibatkan kecekapan, penggunaan data dan pengalaman pesakit.

“Kerjasama antara institusi akademik, sektor swasta dan penyedia perkhidmatan kesihatan membuktikan bahawa penyelidikan mampu memberi impak nyata kepada masyarakat,” katanya pada majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoA) di antara Universiti Teknologi Swinburne, Kampus Sarawak, Novugen Pharma Sdn Bhd dan Borneo Medical Centre (BMC), di The Hive, Swinburne Sarawak, di sini hari ini.

SAKSI…Datuk Amar Dr Sim Kui Hian menyaksikan majlis  Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoA) di antara Universiti Teknologi Swinburne, Kampus Sarawak, Novugen Pharma Sdn Bhd dan Pusat Perubatan Borneo (BMC), hari ini.

Beliau turut menegaskan bahawa usaha seperti ini selari dengan hala tuju kerajaan Sarawak untuk membangunkan sistem kesihatan yang lebih pintar dan berasaskan teknologi.

“Kita mahu Sarawak menjadi peneraju dalam kesihatan digital di rantau ini. Dengan adanya kerjasama strategik seperti ini, kita bukan sahaja memperkukuh penyelidikan dan inovasi, tetapi juga menyediakan platform baharu bagi melahirkan tenaga pakar tempatan dalam bidang teknologi kesihatan,” ujar beliau.

Sementara itu, Ir Profesor Lau Hieng Ho menegaskan komitmen Swinburne Sarawak terhadap penyelidikan berimpak tinggi yang menyokong pembangunan ekonomi digital negeri.

“MoA ini bukan sekadar kerjasama, tetapi satu komitmen terhadap inovasi yang mampu mengubah kehidupan.

“Melalui usaha ini, penyelidik dan pelajar kami akan turut sama membangunkan penyelesaian berasaskan teknologi bagi mempertingkat sistem penjagaan kesihatan di rantau ini,” ujarnya.

TERBAIK…Datuk Amar Dr Sim Kui Hian bersama tetamu kehormat yang lain merakam gambar kenangan.

Bagi pihak Novugen Pharma, Saif-ur-Rehman menekankan visi syarikat untuk mempercepat inovasi melalui kerjasama bermakna.

“Kami percaya pada penyelidikan yang menghubungkan teknologi dan kesihatan. Sokongan terhadap inisiatif ini mencerminkan visi kami untuk membangunkan penyelesaian lestari dan berskala yang dapat mempertingkat hasil kesihatan melalui transformasi digital,” katanya.

Terdahulu, dalam langkah bersejarah ke arah memperkasa landskap kesihatan digital Sarawak, Universiti Teknologi Swinburne, Kampus Sarawak, Novugen Pharma Sdn Bhd dan Pusat Perubatan Borneo (BMC) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoA) bagi membangunkan sistem penjejakan masa nyata yang mampu meningkatkan kecekapan operasi hospital, pengurusan sumber serta penyampaian perkhidmatan kepada pesakit.

Majlis menandatangani MoA itu disempurnakan oleh Pro Naib Canselor yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Swinburne Sarawak, Ir Profesor Lau Hieng Ho; Naib Presiden Operasi Komersial Novugen Pharma, Saif-ur-Rehman; dan Pengarah Perubatan BMC, Dr Law Siew Hor.

Turut menyaksikan majlis tersebut ialah Timbalan Pro Naib Canselor (Penyelidikan) Swinburne Sarawak, Profesor Dr Ida Fatimawati Adi Badiozaman; Pengarah Unit Perniagaan Novugen Pharma, Victor Chan; dan Pengurus Besar BMC, Dr Kenneth Tan.

Melalui MoA ini, ketiga-tiga pihak akan menjalankan projek penyelidikan dan pembangunan (R&D) bersama bagi mencipta sistem penjejakan masa nyata untuk meningkatkan kecekapan operasi hospital, mempertingkat produktiviti kakitangan serta memperkayakan pengalaman pesakit.

Sistem tersebut akan diuji di Borneo Medical Centre dengan pembiayaan penuh R&D daripada Novugen Pharma sebelum digunakan secara rasmi dalam operasi harian hospital.

Oleh Norman B

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: Sarawak catat sejarah pelancaran teknologi rawatan kanser pertama di Borneo

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.