Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Tetak isteri, anak di Sibu: Lelaki dipenjara 20 tahun
  • MAHKAMAH

Tetak isteri, anak di Sibu: Lelaki dipenjara 20 tahun

Utusan Sarawak 20 hours ago
KOMPLEKS Mahkamah Sibu

SIBU: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 20 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap isteri dan anak perempuannya menggunakan parang, minggu lalu.

Tertuduh, Rahim Shim Abdullah, 58, didakwa melakukan melakukan kesalahan itu terhadap isterinya Fatimah Mohammad @ Foung Swee Fung, 46, dan anaknya Nohaida Shim Mee Jiun, 20, di rumah mereka di sini pada jam 5.38 pagi, 29 Oktober lepas.

Berdasarkan pertuduhan, Rahim didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, denda, atau sebatan, dengan hukuman boleh digandakan jika melibatkan ahli keluarga.

Kedua-dua mangsa mengalami luka tetakan dalam kejadian itu dan dikejarkan ke Hospital Sibu untuk rawatan, manakala tertuduh melarikan diri sebelum ditahan polis berhampiran dusun durian di Kanowit.

Dalam rayuan mitigasi, Rahim yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan dengan alasan menghadapi masalah kesihatan dan tekanan emosi akibat pertengkaran rumah tangga, selain menyesali perbuatannya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Cynthia Emmelda Jerry memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dan bersifat pencegahan memandangkan kesalahan itu serius serta melibatkan penggunaan senjata berbahaya terhadap ahli keluarga sendiri.

Hakim Musyiri Peet, ketika menjatuhkan hukuman, menegaskan tindakan tertuduh tidak boleh dimaafkan walaupun berlaku tekanan emosi dan pertengkaran.

“Sebagai ketua keluarga, tertuduh seharusnya melindungi isteri dan anaknya, bukannya mencederakan mereka. Perbuatannya jelas melanggar amanah dan tanggungjawab,” katanya.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun bagi setiap pertuduhan, dengan hukuman berjalan serentak, menjadikan jumlah hukuman penjara 20 tahun, berkuat kuasa dari tarikh sabitan.

Oleh TARANI LANTING

Continue Reading

Previous: Abai Zayn Rayyan: Ismanira fail notis rayuan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.