Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Projek kediaman pelajar di Kuala Lumpur langkah proaktif Sarawak
  • TEMPATAN

Projek kediaman pelajar di Kuala Lumpur langkah proaktif Sarawak

Utusan Sarawak 18 hours ago
RAKAM KENANGAN… Abdullah (duduk tengah), Putrayusrie (duduk, dua kiri) dan Abang Mohamad Porkan (duduk kanan) merakam kenangan bersama petugas UKAS dan rakan media di Zon Tengah pada majlis makan malam.

SIBU: Keputusan Premier Sarawak untuk membina kompleks kediaman pelajar di Kuala Lumpur bukanlah tindakan pembaziran, sebaliknya langkah proaktif kerajaan negeri bagi membantu pelajar Sarawak yang menghadapi kesukaran mendapatkan tempat tinggal di ibu negara.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol, berkata projek itu tercetus hasil permintaan pelajar sendiri yang dibangkitkan berulang kali dalam sesi dialog semasa program Lan Berambeh Anak Sarawak di Kuala Lumpur.

“Ramai tidak tahu bahawa projek ini datang daripada suara pelajar sendiri. Dalam beberapa sesi Lan Berambeh, mereka mengadu sukar mencari tempat tinggal kerana tidak semua layak menetap di asrama universiti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Malam Segulai Sejalai UKAS dan Rakan Strategik Zon Tengah 2025 yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.

Menurut Abdullah, ramai pelajar Sarawak di Kuala Lumpur terpaksa menyewa bilik atau apartmen di luar kampus dengan kadar sewa antara RM700 hingga RM800 sebulan, dan keadaan itu memberi tekanan kewangan kepada mereka.

Katanya lagi, gambar kompleks yang tular di media sosial baru-baru ini bukanlah reka bentuk sebenar projek berkenaan.

“Bangunan yang ditunjukkan di Facebook itu bukan seperti yang dimaksudkan Premier. Ia akan dibina secara lebih ringkas, dalam bentuk komuniti berpagar dengan kemudahan asas,” jelasnya.

Beliau turut menegaskan bahawa penempatan di kompleks itu akan diutamakan untuk pelajar Sarawak, manakala golongan bujang yang bekerja di Kuala Lumpur tidak termasuk dalam kategori tersebut.

Abdullah turut mengakui pembinaan di Kuala Lumpur melibatkan kos tinggi berikutan harga tanah yang mahal, namun kerajaan negeri tetap komited melaksanakan projek berkenaan demi kebajikan pelajar Sarawak.

Sementara itu, Pengarah UKAS, Awang Putrayusrie Awang Redzuan dalam ucapan aluannya berkata, majlis tersebut menjadi platform memperkukuh semangat segulai sejalai antara warga UKAS dan rakan strategik Zon Tengah, selain meraikan kejayaan bersama dalam melaksanakan pelbagai program komunikasi lapangan.

“Hubungan ini bukan sekadar melalui program santai seperti makan malam, tetapi juga melalui pelbagai inisiatif UKAS bagi memastikan penyampaian dasar dan inisiatif kerajaan sampai kepada rakyat,” ujarnya.

Tambahnya, UKAS kini menyiarkan berita dalam empat bahasa iaitu Bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin dan Iban bagi memastikan mesej kerajaan dapat difahami oleh semua lapisan masyarakat.

Turut hadir Residen Bahagian Sibu, Abang Mohamad Porkan Abang Budiman serta tetamu jemputan lain.

Oleh Tarani Lanting

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Belanjawan Sarawak 2026 dijangka antara yang terbaik di Malaysia
Next: Deepavali lambang kemenangan cahaya dan kebaikan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.