Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • KPDNHEP lupus barang kes
  • TEMPATAN

KPDNHEP lupus barang kes

Utusan Sarawak 5 years ago
LUPUSKAN… KPDNHEP Sarawak melupuskan pelbagai barangan kes di Kuching, semalam.

KUCHING: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sarawak telah melupuskan pelbagai barang kes bernilai RM92,526.20, semalam.

KPDNHEP dalam satu kenyataan menyatakan pelupusan tersebut melibatkan 26 kes hasil sitaan yang dibuat oleh pejabat KPDNHEP Sarawak.

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan nilai rampasan dan pelupusan bagi KPDNHEP Sarawak untuk tahun 2020 sehingga bulan Ogos adalah bernilai RM496,135.71 melibatkan 83 kes.

“Antara barangan yang dilupuskan merupakan beg tangan, beg galas, dompet, tali pinggang, kasut, jersi, baju kemeja dan aksesori wanita,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Menurut KPDNHEP, kesemua barangan terbabit merupakan barangan rampasan ke atas perlanggaran kesalahan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011, Akta Hak Cipta 1987, Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan Akta Perlindungan Pengguna 1999.

“Ini merupakan siri pelupusan bilangan kedua pada tahun ini yang telah mendapat arahan pelupusan daripada Mahkamah dan Pengawal Akta.

“Sementara itu, sepanjang tahun 2019, sebanyak 71 kes telah berjaya mendapat arahan pelupusan daripada Mahkamah dan Pengawal yang melibatkan nilai rampasan sebanyak RM1,226,131.12.

“Untuk tahun 2018, sebanyak 39 kes telah berjaya mendapat arahan pelupusan daripada Mahkamah dan Pengawal yang melibatkan nilai rampasan sebanyak RM205,757.94,” jelasnya.

KPDNHEP menegaskan pihaknya akan terus melaksanakan aktiviti penguatkuasaan bagi membendung kegiatan penyelewengan serta melindungi hak pengguna walaupun dalam tempoh pandemik Covid-19.

“Untuk rekod statistik, bagi 1 Januari sehingga 2 September 2020, KPDNHEP Sarawak telah melaksanakan pemeriksaan premis sebanyak 48,229 premis perniagaan meliputi bandar dan luar bandar.

“Ia telah menghasilkan keseluruhan kes sebanyak 714 kes dengan nilai rampasan sebanyak RM 3,949,244.47 dan jumlah kompaun sebanyak RM257,300.00,” tambah kenyataan itu.

Continue Reading

Previous: Parti PBB perlu pemimpin, ahli setia
Next: Hargai kemerdekaan dengan kesyukuran – Karim

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.