Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Program vaksinasi antirabies, perlesenan anjing di Bintulu 15 November ini
  • TEMPATAN

Program vaksinasi antirabies, perlesenan anjing di Bintulu 15 November ini

Utusan Sarawak 1 day ago
POSTER program vaksinasi antirabies dan perlesenan anjing bagi pemilik anjing pada 15 November ini.

BINTULU:  Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (JPVS) akan menganjurkan program vaksinasi antirabies dan perlesenan anjing bagi pemilik anjing pada 15 November ini.

Program tersebut akan berlangsung di tempat letak kereta Naim Street Mall (Paragon), bermula 9.00 pagi hingga 4.00 petang.

Menurut kenyataan JPVS, vaksinasi dan perlesenan anjing adalah wajib bagi semua pemilik anjing di Sarawak selaras dengan usaha kerajaan negeri membendung penularan wabak rabies yang masih diisytiharkan sebagai kawasan wabak.

“Pemilik anjing perlu memastikan haiwan berumur tiga bulan ke atas, tidak bunting atau menyusu serta membawa kad pengenalan semasa pendaftaran,” katanya.

Pemilik juga diingatkan untuk memastikan anjing berada dalam kawalan dan tidak dilepaskan berkeliaran sepanjang masa bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi pejabat JPVS Bintulu di talian 086-335770 atau melalui Facebook rasmi @DVSSarawak dan emel dvs@sarawak.gov.my.

Oleh Carolyne Utih

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: ‘Scooterist Super Sunday’ meriah, himpunkan peminat skuter sekitar Kuching
Next: Belanjawan Sarawak 2026 dijangka antara yang terbaik di Malaysia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.