Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Abai Zayn Rayyan: Ismanira fail notis rayuan
  • MAHKAMAH

Abai Zayn Rayyan: Ismanira fail notis rayuan

Utusan Sarawak 22 hours ago
NOTIS RAYUAN… Ibu kepada Zayn Rayyan Abdul Matin telah memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen Petaling Jaya yang menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadapnya.

KUALA LUMPUR: Ibu kepada Zayn Rayyan Abdul Matin telah memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen Petaling Jaya yang menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadapnya, kerana mengabaikan kanak-kanak autistik berusia enam tahun itu sehingga menyebabkan kecederaan fizikal, dua tahun lepas.

Peguam Haresh Mahadevan yang mewakili Ismanira Abdul Manaf, 30, ketika dihubungi media, mengesahkan notis rayuan berkenaan telah difailkan hari ini di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor.

“Ya, pihak kami telah memfailkan notis rayuan berkenaan hari ini,” kata peguam itu.

Ismanira selaku perayu memfailkan notis rayuan itu menerusi Tetuan Haresh Mahadevan & Co, selepas tidak berpuas hati terhadap sabitan dan keseluruhan keputusan diberikan Hakim Mahkamah Sesyen Petaling Jaya Dr Syahliza Warnoh, pada 31 Oktober.

Ismanira turut diperintahkan menandatangani bon berkelakuan baik selama dua tahun dengan seorang penjamin warganegara tempatan serta cagaran RM3,000.

Mahkamah juga memerintahkan wanita itu menjalani khidmat masyarakat selama 120 jam, yang perlu diselesaikan dalam tempoh enam bulan selepas tamat hukuman penjara.

Syahliza memutuskan demikian selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan dan memerintahkan Ismanira menjalani hukuman penjara serta-merta, selepas permohonan penggantungan pelaksanaan hukuman ditolak.

Ismanira kemudian dihantar ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman penjara lima tahun.

Pada 21 Julai, Syahliza memerintahkan Ismanira membela diri selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap wanita itu manakala suaminya Zaim Ikhwan Zahari, 30, dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan sama.

Mereka didakwa mengabaikan Zayn Rayyan dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal terhadap mangsa di sekitar kawasan Blok R, Apartmen Idaman, Damansara Damai hingga kawasan sungai berdekatan antara 12 tengah hari 5 Dis hingga 9.55 malam 6 Dis 2023.

Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Zayn Rayyan, 6, dilaporkan hilang pada 5 Disember 2023 dan mayatnya ditemukan keesokannya di aliran anak sungai berhampiran rumahnya.

-Bernama

Tags: mahkamah

Continue Reading

Previous: Lelaki direman tiga hari bantu siasatan kes dadah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.