Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Belia tonggak pembangunan berterusan Sarawak
  • TEMPATAN

Belia tonggak pembangunan berterusan Sarawak

Utusan Sarawak 1 day ago
RAKAN BELIA – Datuk Dr Abdul Rahman Ismail bersama peserta Hari Belia dan Hari Moto Limbang 3.0 anjuran SABERKAS Cawangan Bukit Kota.

LIMBANG: Golongan belia di Sarawak terus diperkasa sebagai rakan pembangunan dan pewaris masa depan negeri, selaras dengan aspirasi kerajaan negeri ke arah kemajuan yang berterusan dan inklusif.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, berkata kerajaan negeri berhasrat melahirkan golongan belia yang berpengetahuan, berkemahiran tinggi dan berdaya saing, agar mereka mampu menjadi penggerak utama ekonomi negeri yang progresif dan moden.

Menurut beliau, usaha ini selaras dengan matlamat Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030), yang mengiktiraf peranan belia sebagai tonggak utama pembangunan negeri.

“Golongan belia bukan sekadar pewaris masa depan, tetapi rakan pembangunan negeri ini. Mereka adalah nadi yang menggerakkan tenaga kerja, inovasi dan kreativiti dalam pelbagai bidang, daripada pertanian moden hingga ekonomi digital.

“Kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberi keutamaan kepada pembangunan belia sebagai agenda strategik negeri,” katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, semasa Majlis Perasmian dan Penangguhan Hari Belia dan Hari Moto Limbang 3.0, anjuran SABERKAS Cawangan Bukit Kota, semalam.

Awang Tengah berkata antara inisiatif utama kerajaan negeri termasuk Latihan Peningkatan Graduan Sarawak melalui Program Kesediaan Kerja (GETS-WRP) serta Program Latihan Intensif dan Bimbingan Usahawan Belia Sarawak (YES), bagi melahirkan belia usahawan yang berdaya saing.

Selain itu, katanya, kerajaan turut memperkenalkan Dana Industri Belia Kreatif Sarawak (SYCIF) dan Skim Kredit Mikro Sarawak (SKMS) bagi menyediakan pembiayaan serta pinjaman mikro kepada usahawan kecil termasuk belia.

Pada masa sama, kerajaan negeri memperkukuh pembangunan modal insan belia melalui kerjasama strategik dengan institusi pengajian tinggi, industri, dan agensi pembangunan seperti CENTEXS, TEGAS, dan Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (Sarawak Skills).

“Semua usaha ini bertujuan memastikan belia Sarawak dilengkapi ilmu dan kemahiran tinggi agar mereka dapat menjadi modal insan peneraju kepada ekonomi baharu negeri ini,” tambahnya.

Oleh Adeng Edrus

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Peranan gereja teguhkan keharmonian dan kasih sayang
Next: Wilfred Yap calls for stronger action against online job scam syndicates exploiting Sarawak youths

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.