Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lima nelayan Vietnam ditahan ceroboh perairan Miri
  • JENAYAH

Lima nelayan Vietnam ditahan ceroboh perairan Miri

Utusan Sarawak 22 hours ago
DISITA…Sebuah vesel nelayan asing (VNA) disita selepas disyaki ceroboh perairaan negara.

MIRI: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Miri menahan sebuah vesel nelayan asing (VNA) bersama lima kru warga Vietnam kerana menceroboh dan menangkap ikan secara haram di perairan Miri, Jumaat lalu.

Pengarah Zon Maritim, Kapten Maritim Mohd Khairol Anuar Saad berkata, penahanan dibuat pada 7.16 malam di kedudukan kira-kira 70 batu nautika barat laut Suai, Miri hasil maklumat risikan Ibu Pejabat Maritim Malaysia.

“Vesel tersebut dikesan bergerak dalam keadaan mencurigakan pada 5.45 petang.

“Menyedari kehadiran aset Maritim Malaysia, mereka cuba melarikan diri dan bertindak agresif sebelum berjaya ditahan untuk pemeriksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

DITAHAN…Lima nelayan asing ditahan untuk siasatan lanjut. 

Menurut Mohd Khairol, hasil pemeriksaan mendapati kesemua kru termasuk tekong berumur antara 36 hingga 53 tahun tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

“Siasatan awal mendapati mereka disyaki warga Vietnam dan gagal mengemukakan sebarang kebenaran untuk menangkap ikan di perairan Malaysia,” jelasnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) dan Seksyen 16(3) Akta Perikanan 1985, serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri.

Jika disabit kesalahan, tekong boleh didenda sehingga RM6 juta manakala setiap kru boleh dikenakan denda RM600,000. Bagi kesalahan imigresen pula, mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara maksimum lima tahun serta enam sebatan.

DIRAMPAS …Antara hasil laut yang dirampas daripada nelayan asing.

Antara barangan yang disita ialah 200 kilogram ikan tuna, 300 liter diesel, peralatan menangkap ikan serta vesel dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM2 juta.

Kesemua yang ditahan dibawa ke Pusat Tahanan Vesel (PTV) Zon Maritim Miri untuk tindakan lanjut.

Mohd Khairol menegaskan, Maritim Malaysia akan terus memperketat rondaan di perairan Sarawak bagi mengelakkan hasil laut negara diceroboh pihak asing.

“Orang ramai yang melihat sebarang aktiviti mencurigakan di laut boleh melaporkannya segera ke talian kecemasan 999 atau ke Pusat Operasi Zon Maritim Miri di talian 085-649111,” ujarnya.

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Polis Kuching tumpaskan kes curi motosikal
Next: Langgar bahu cetus rusuhan di Waterfront Miri, 11 lelaki ditahan polis

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.