Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Peminat Taylor Swift serbu muzium di Jerman yang simpan lukisan ‘Ophelia’
  • HIBURAN

Peminat Taylor Swift serbu muzium di Jerman yang simpan lukisan ‘Ophelia’

Utusan Sarawak 19 hours ago
TAYLOR Swift.

WIESBADEN (Jerman): Gaya Art Nouveau bakal bertemu budaya pop pada Ahad di sebuah muzium di bandar Wiesbaden apabila peminat Taylor Swift membanjiri ibu negeri Hesse untuk melihat lukisan yang dipercayai menjadi inspirasi kepada lagu penyanyi pop terkenal Amerika Syarikat (AS) itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Ramai peminat Swift, yang lebih dikenali sebagai Swifties, dijangka menghadiri acara khas di Muzium Wiesbaden yang memberi tumpuan kepada lukisan Ophelia dalam gaya Art Nouveau yang dipamerkan di situ.

Sebanyak 200 tiket habis dijual dalam tempoh beberapa jam. Muzium itu – satu daripada lima muzium negeri Hesse – mengalami peningkatan ketara kunjungan Swifties sejak beberapa minggu lalu, terutamanya pada hujung minggu.

Dalam babak pembukaan video lagu, The Fate of Ophelia, Swift memainkan watak Ophelia dan berubah menjadi “lukisan hidup”.

Menurut pihak muzium, tidak diketahui secara rasmi motif mana yang dijadikan rujukan bagi video berkenaan. Namun, perbandingan langsung menunjukkan persamaan ketara dengan hasil karya pelukis Jerman Friedrich Heyser (1857–1921), yang dikenali dengan gayaArt Nouveau dan Simbolisme daripada koleksi Wiesbaden.

Acara itu bertujuan menghubungkan watak Ophelia karya Shakespeare, lukisan Art Nouveau Heyser dan ikon muzik Taylor Swift dalam suasana penuh atmosfera dengan pencahayaan dan muzik.

-Bernama  

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Bolot enam anugerah, ‘Babah’ dinobat Filem Terbaik FFM34
Next: Vokal, emosi menusuk jiwa, Hafiz Suip buktikan auranya masih berbisa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.