Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • DUN Kalaka turut nikmati bekalan air bersih Loji Rawatan Air Lichok
  • WILAYAH

DUN Kalaka turut nikmati bekalan air bersih Loji Rawatan Air Lichok

Utusan Sarawak 1 day ago
ADUN Kalaka, Mohamad Duri bersama pihak JBALB ketika meninjau perkembangan bekalan air terawat di Kampung Kaba, dekat sini hari ini. Foto Pusat Khidmat ADUN Kalaka

SARATOK: Seiring dengan penyiapan projek ‘Acute System’ di Loji Rawatan Air Lichok, sebanyak tujuh rumah panjang dan tujuh kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka kini menikmati bekalan air bersih yang lebih stabil dan berkualiti.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata pelaksanaan projek tersebut membuktikan komitmen berterusan kerajaan negeri dalam memastikan rakyat luar bandar menikmati kemudahan asas setara dengan kawasan bandar.

“Alhamdulillah, dengan siapnya projek ‘Acute System’ di Loji Rawatan Air Lichok, tujuh rumah panjang dan tujuh kampung di kawasan DUN Kalaka turut menikmati bekalan air bersih.

“Selepas Kampung Kaba, kawasan Lubok Nibong, Kali Kaba, Kampung Perpat dan Kampung Paloh akan disambung meter bagi tujuan pembekalan air terawat,” katanya ketika meninjau perkembangan bekalan air terawat di Kampung Kaba, hari ini.

ADUN Kalaka, Mohamad Duri bersama pihak JBALB ketika meninjau perkembangan bekalan air terawat di Kampung Kaba, dekat sini hari ini. Foto Pusat Khidmat ADUN Kalaka

Menurut pihak Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Daerah Saratok, Projek Rektikulasi Kampung Hulu Perpat akan dilaksanakan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dalam masa terdekat bagi memperluas capaian bekalan air bersih di kawasan tersebut.

Mohamad Duri turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan Sarawak melalui Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (MUTS) serta Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak sebagai agensi pelaksana yang berjaya menyiapkan projek bernilai RM28.8 juta itu dalam tempoh singkat.

Projek pembinaan ‘Acute System’ Loji Rawatan Air Lichok, yang mula dilaksanakan pada Februari tahun ini, melibatkan pembinaan loji rawatan air baharu berkapasiti 10 Juta Liter Sehari (MLD) serta pemasangan saluran paip baharu jenis HDPE bersaiz 450mm sepanjang lima kilometer dari Loji Rawatan Air Lichok ke Tangki Air Bukit Lebur.

Pelaksanaan projek ini memberi manfaat besar kepada lebih 6,700 rumah meliputi kawasan Kabong, Kalaka, dan Krian, sekali gus menampung permintaan bekalan air terawat yang semakin meningkat serta memperkukuh sistem bekalan air sedia ada secara lebih konsisten.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pesta Kanowit dan Minggu Perpaduan bakal diraikan serentak
Next: Perpaduan lima Kelab Toastmasters bukti kekuatan kepimpinan komuniti Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.