Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Yayasan baharu perkukuh pembangunan awal kanak-kanak
  • TEMPATAN

Yayasan baharu perkukuh pembangunan awal kanak-kanak

Utusan Sarawak 2 days ago
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak, Datuk Rosey Yunus berucap pada Majlis Penutupan Sambutan Hari Kanak-Kanak Sarawak 2025 di Kuching, hari ini. Foto Adele Rissa

KUCHING: Kerajaan Sarawak kini dalam proses menubuhkan Yayasan Pembangunan Awal Kanak-Kanak Sarawak sebagai asas baharu dalam memperkukuh dasar dan hala tuju pembangunan awal kanak-kanak di negeri ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak, Datuk Rosey Yunus berkata, penubuhan yayasan itu akan menjadi platform penyelarasan lebih kukuh antara kerajaan, komuniti, pendidik dan ibu bapa dalam memastikan setiap anak Sarawak mendapat peluang membangun mengikut potensi diri.

“Yayasan ini bukan sekadar dokumen, tetapi satu gerakan sosial yang menyatukan semua pihak bagi mempertahankan masa depan anak-anak Sarawak yang cemerlang dan berbakat,” katanya ketika berucap pada Majlis Penutupan Sambutan Hari Kanak-Kanak Sarawak 2025 di sini, hari ini.

Datuk Rosey Yunus (tengah) bergambar bersama penerima bantuan di bawah pelbagai inisiatif kerajaan selepas majlis penyampaian bantuan sempena Penutupan Sambutan Hari Kanak-Kanak Sarawak 2025 di Kuching, hari ini. Foto Adele Rissa 

Beliau berkata, langkah itu menunjukkan komitmen berterusan kerajaan negeri untuk memastikan pembangunan kanak-kanak terus diperkukuh melalui pendekatan holistik melibatkan semua lapisan masyarakat.

Rosey menegaskan bahawa usaha memperkukuh kesejahteraan kanak-kanak bukan sekadar program jangka pendek, sebaliknya pelaburan sosial jangka panjang yang menjadi teras kepada kemakmuran negeri pada masa hadapan.

“Pembangunan kanak-kanak tidak boleh digalas oleh satu pihak sahaja. Ia memerlukan kerjasama semua pihak termasuklah kerajaan, masyarakat, ibu bapa dan institusi pendidikan. Seperti yang sering disebut, membesarkan seorang anak memerlukan seluruh kampung,” katanya.

Beliau berkata, tema sambutan tahun ini, ‘Kanak-kanak Sejahtera Pemacu Masa Depan’, bertepatan dengan hasrat kerajaan negeri untuk melahirkan generasi muda yang sihat, berilmu, berakhlak serta berdaya tahan menghadapi cabaran semasa.

Menurutnya, kerajaan negeri di bawah pimpinan Premier Sarawak terus memberi tumpuan terhadap kesejahteraan dan perlindungan kanak-kanak melalui pelbagai inisiatif berimpak tinggi.

Antaranya termasuk Dana Amanah Anak Sarawak (EFS) yang menyediakan simpanan RM1,000 kepada setiap anak kelahiran negeri ini, Bantuan Ibu Bersalin sebanyak RM450 kepada ibu yang melahirkan anak Sarawak, serta geran khas TASKA dan TADIKA berdaftar bagi memperkukuh pendidikan awal kanak-kanak.

Datuk Rosey Yunus (tengah) bergambar kenangan bersama peserta program, wakil agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada Majlis Penutupan Sambutan Hari Kanak-Kanak Sarawak 2025 di Kuching, hari ini. Foto Adele Rissa

“Kerajaan juga memberi bantuan RM1,000 setahun kepada keluarga berpendapatan rendah untuk memastikan setiap anak Sarawak mendapat akses kepada pendidikan awal. Kini, tiada alasan lagi untuk anak-anak tidak menghadiri TASKA atau TADIKA,” ujarnya.

Rosey turut memaklumkan bahawa kementerian telah menubuhkan Pusat Intervensi Awal di Matang, Kuching bagi membantu kanak-kanak yang mengalami kelewatan perkembangan, selain merancang memperluaskan program itu ke Miri serta kawasan lain.

“Semakin awal intervensi dilakukan, semakin besar peluang untuk kanak-kanak tersebut pulih dan berkembang mengikut potensi mereka,” katanya.

Beliau turut menekankan kepentingan memupuk nilai moral serta harga diri dalam kalangan kanak-kanak bagi membentuk masyarakat yang harmoni dan bebas daripada gejala seperti buli.

Hadir sama Setiausaha Tetap Kementerian, Datu Felicia Tan Ya Hua, Ketua Bahagian Kanak-Kanak, Salina serta wakil agensi kerajaan, pihak swasta dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang berganding bahu dalam penganjuran program berkenaan.

Oleh Adele Rissa

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Majlis Malam Citrawarna Vol.7 angkat martabat bangsa Melanau di Sarawak
Next: PPWS wadah pemerkasaan wanita Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.