Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Lebuh Raya Pesisir Utara lambang transformasi baharu pembangunan infrastruktur di Sarawak
  • SEMASA

Lebuh Raya Pesisir Utara lambang transformasi baharu pembangunan infrastruktur di Sarawak

Utusan Sarawak 1 day ago
PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan bersama tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenangan pada Majlis Pelancaran Projek Lebuh Raya Pesisir Utara di Limbang, hari ini. Foto Adeng Edrus

LIMBANG: Pembinaan projek Lebuh Raya Pesisir Utara yang menghubungkan Sarawak, Sabah dan Brunei Darussalam bakal menjadi lambang kemajuan wilayah ini melalui penggunaan teknologi terkini dalam bidang kejuruteraan jalan raya.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pelaksanaan projek itu menggunakan teknologi Model Maklumat Lebuh Raya (HIM) menandakan transformasi baharu dalam pembangunan infrastruktur negeri dan mencerminkan kemajuan Sarawak dalam penerapan teknologi pembinaan moden.

“Kita mulakan pendekatan menggunakan teknologi terkini. Jalan raya ini menggunakan teknologi HIM terutamanya di kawasan berbukit seperti Limbang dan Lawas.

“Teknologi HIM membolehkan perancangan dan pembinaan dilakukan berdasarkan data sebenar topografi termasuk simulasi digital terhadap pergerakan tanah serta kestabilan struktur,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Projek Lebuh Raya Pesisir Utara di Limbang, hari ini.

TAKLIMAT RINGKAS… Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah, RECODA, Datuk Ismawi Ismuni ketika memberi taklimat pelaksanaan Lebuh Raya Pesisir Utara Limbang-Lawas kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan. Foto Adeng Edrus

Abang Johari berkata, pembangunan infrastruktur perlu dilaksanakan secara lestari tanpa menjejaskan keseimbangan alam semula jadi.

Menurutnya, penggunaan tiang berteknologi tinggi dan struktur berasaskan simulasi digital akan memastikan jalan raya kekal stabil walaupun dibina di kawasan tanah lembut atau berbukit.

“Kita gunakan teknologi baharu supaya struktur jalan raya lebih kukuh dan tahan beban. Sebelum kerja dimulakan, kita sudah mempunyai data pemodelan yang lengkap,” ujarnya.

Projek bernilai RM6.8 bilion itu dibiayai sepenuhnya kerajaan Sarawak bagi memastikan manfaat pembangunan dapat dinikmati sepenuhnya oleh rakyat wilayah ini.

Projek Lebuh Raya Pesisir Utara merupakan inisiatif strategik kerajaan Sarawak yang akan menghubungkan bahagian-bahagian pesisir negeri.

TAKLIMAT RINGKAS… Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah, RECODA, Datuk Ismawi Ismuni ketika memberi taklimat pelaksanaan Lebuh Raya Pesisir Utara Limbang-Lawas kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan. Foto Adeng Edrus

Setelah siap sepenuhnya, lebuh raya tersebut dijangka menjadi nadi penghubung utama antara Sarawak, Sabah dan Brunei Darussalam sekali gus memperkukuh jaringan logistik, merancakkan sektor pelancongan serta membuka peluang ekonomi baharu di kawasan pesisir utara Borneo.

Terdahulu, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan memberitahu pelaksanaan projek Lebuh Raya Pesisir Utara ini merupakan penjenamaan semula kepada pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo yang menghubungkan seluruh Sarawak.

Projek ini pernah dibatalkan semasa pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan dahulu tetapi atas inisiatif Premier Sarawak projek ini diteruskan dengan pendekatan lebih moden dan lestari alam sekitar.

Bagi projek Lebuh Raya Pesisir Utarauntuk sektor di Limbang memerlukan 3000 pekerja yang seharusnya dimanfaatkan belia tempatan di Limbang dan Lawas.

Seramai 5,000 hadirin membanjiri Dataran Rekreasi Limbang yang merupakan tapak pelancaran projek.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah, RECODA, Datuk Ismawi Ismuni.

Oleh Adeng Edrus

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Tengku Ampuan Pahang cadang tubuhkan Institut Songket Sarawak
Next: Tengku Ampuan Pahang kagum kualiti songket prospek Penjara Puncak Borneo

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.