Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Majid buktikan pelakon muda mampu menjiwai karya agung Sulalatus Salatin
  • HIBURAN

Majid buktikan pelakon muda mampu menjiwai karya agung Sulalatus Salatin

Utusan Sarawak 2 days ago
ANTARA persembahan dalam pementasan Teater Muzikal Sulalatus Salatin 2.0 di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), malam tadi. Teater Muzikal itu mengangkat keagungan bangsa dan raja Melayu melalui kisah kemaharajaan maritim sejak era Raja Iskandar Zulkarnain hingga kejatuhan Empayar Melaka. Foto BERNAMA
YANG Dipertua Negeri Melaka Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam beramah mesra dengan penonton pada pementasan Teater Muzikal Sulalatus Salatin 2.0 di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka, malam tadi. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Bukan mudah untuk menterjemahkan naskhah agung seberat karya Tun Sri Lanang, Sulalatus Salatin atau lebih dikenali sebagai Sejarah Melayu ke pentas teater purbawara muzikal apatah lagi bagi pelakon baharu yang masih lagi ‘hijau’ dalam dunia lakonan dan seni pentas. 

Namun bagi bakat muda, Wan Haiyl Majid Wan Mohd Rayzuddin, 14, peluang menyelami kisah penuh epik itu dalam Teater Muzikal Sulalatus Salatin 2.0 bukan sekadar satu pengalaman berharga akan tetapi, sebagai medan membuktikan jiwa muda juga mampu menjiwai keagungan warisan bangsa.

Berbekalkan ilmu dan perjalanan awalnya di pentas teater menerusi karya yang juga berunsur sejarah, Dendam Laksama dan Serikandi Jiwa Luka, remaja yang lebih mesra disapa Majid ini memanfaatkan segala dipelajarinya itu untuk menjayakan naskhah agung kebanggaan negara ini. 

Mengakui cabaran kali ini bukan calang-calang untuk mementaskan karya diiktiraf sebagai warisan dunia Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) ini, sementelah lagi memerlukannya menyandang dua watak berbeza dalam satu masa. 

Namun bagi bakat muda, Wan Haiyl Majid Wan Mohd Rayzuddin, 14, peluang menyelami kisah penuh epik itu dalam Teater Muzikal Sulalatus Salatin 2.0 bukan sekadar satu pengalaman berharga akan tetapi, sebagai medan membuktikan jiwa muda juga mampu menjiwai keagungan warisan bangsa.

Berbekalkan ilmu dan perjalanan awalnya di pentas teater menerusi karya yang juga berunsur sejarah, Dendam Laksama dan Serikandi Jiwa Luka, remaja yang lebih mesra disapa Majid ini memanfaatkan segala dipelajarinya itu untuk menjayakan naskhah agung kebanggaan negara ini. 

Mengakui cabaran kali ini bukan calang-calang untuk mementaskan karya diiktiraf sebagai warisan dunia Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) ini, sementelah lagi memerlukannya menyandang dua watak berbeza dalam satu masa. 

ANTARA persembahan dalam pementasan Teater Muzikal Sulalatus Salatin 2.0 di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), malam tadi. Teater Muzikal itu mengangkat keagungan bangsa dan raja Melayu melalui kisah kemaharajaan maritim sejak era Raja Iskandar Zulkarnain hingga kejatuhan Empayar Melaka. Foto BERNAMA

Membawa dua karakter bertentangan iaitu Paladutani, seorang anak raja keturunan Chulan yang berjiwa pahlawan dan Seri Akar Diraja, yang digambarkan sebagai pengkhianat penuh amarah dan dendam, menuntutnya menguasai ketepatan emosi serta keupayaan menghayati kisah berlatarkan keagungan Sejarah Melayu.

“Selepas bawa watak Paladutani, saya terus kena tukar jadi orang jahat. Dua-dua watak ni saya kena kaji dan fahami sebab berbeza sifat dan tenaga. Itu yang susah, tapi saya suka cabar diri sendiri.Jadi, bagi memastikan emosi watak tidak terganggu, saya pilih untuk berdiam diri di belakang pentas.

“Kalau orang tegur pun saya tak jawab. Bukan sombong, tapi saya nak kekal dalam watak itu sampai habis,” katanya kepada Bernama selepas pementasan yang turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam, malam tadi.

ANTARA persembahan dalam pementasan Teater Muzikal Sulalatus Salatin 2.0 di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), malam tadi. Teater Muzikal itu mengangkat keagungan bangsa dan raja Melayu melalui kisah kemaharajaan maritim sejak era Raja Iskandar Zulkarnain hingga kejatuhan Empayar Melaka. Foto BERNAMA

Dipentaskan bermula semalam di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka di sini, teater yang berlangsung selama tiga hari ini turut dibintangi pelakon hebat, Nabila Huda sebagai Puteri Gunung Ledang, Adam Lee (Sultan Mahmud Syah), Aris Kadir (Raja Iskandar Zulkarnain/Tun Jana Khatib), Zaidi Omar (Demang Lebar Daun), Zera Hariz (Tun Teja) dan Siti Sarah Jamil (Tun Fatimah) dengan penampilan khas Rosli Rahman Adam serta Mubarak Majid.

Berpuas hati dengan persembahannya dalam menjayakan teater arahan Zaifri Husin itu, namun pelajar Sekolah Seni Malaysia Johor ini berasakan masih banyak lagi ruang untuknya membaiki mutu lakonan.

“Oleh sebab saya tinggal jauh, saya cuma dapat datang latihan pada hujung minggu sebelum persembahan. Tapi bila dah dekat tarikh pementasan, saya ambil inisiatif cuti seminggu untuk fokus sepenuhnya,” katanya yang bercita-cita menjadi pengarah suatu hari nanti.

Teater Muzikal Sulalatus Salation 2.0 kali ini menurut pengarahnya, adalah berbeza daripada versi pertama yang dipentaskan di Ayer Keroh, Melaka pada Disember lepas, khususnya dari segi olahan skrip dan penyampaian yang lebih padat serta dinamik.

ANTARA persembahan dalam pementasan Teater Muzikal Sulalatus Salatin 2.0 di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), malam tadi. Teater Muzikal itu mengangkat keagungan bangsa dan raja Melayu melalui kisah kemaharajaan maritim sejak era Raja Iskandar Zulkarnain hingga kejatuhan Empayar Melaka. Foto BERNAMA

Zaifri berkata skrip asal yang sarat dengan monolog dan dialog panjang diolah semula supaya jalan cerita lebih seimbang dan mudah difahami.

“Saya sebak melihat kesungguhan pelakon yang mampu menjiwai watak masing-masing walaupun hanya sempat berlatih penuh satu malam sebelum persembahan sebenar,” katanya yang turut terharu atas sambutan penonton yang begitu memberangsangkan.

Penerbitnya Siti Rohayah Atan berkata pementasan semula itu membuktikan teater tradisional masih mampu menarik minat penonton apabila diolah dengan pendekatan segar bagi menyeimbangkan gaya moden dan unsur klasik untuk mudah difahami semua lapisan masyarakat tanpa menjejaskan nilai asalnya.

ANTARA persembahan dalam pementasan Teater Muzikal Sulalatus Salatin 2.0 di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), malam tadi. Teater Muzikal itu mengangkat keagungan bangsa dan raja Melayu melalui kisah kemaharajaan maritim sejak era Raja Iskandar Zulkarnain hingga kejatuhan Empayar Melaka. Foto BERNAMA

“Sulalatus Salatin ini teks berat, tapi saya cuba permudahkan supaya orang boleh ikut dan faham. Bila saya tengok dewan penuh pada malam pertama, saya bersyukur kerana orang masih menghargai karya seperti ini. Walaupun faham sedikit pun tidak mengapa, asalkan mesej dan semangatnya sampai,” katanya.

Teater Muzikal Sulalatus Salatin 2.0 mengangkat keagungan bangsa dan raja Melayu melalui kisah kemaharajaan maritim sejak era Raja Iskandar Zulkarnain hingga kejatuhan Empayar Melaka, merangkumi legenda seperti Wan Empuk dan Wan Malini, Waadat Demang Lebar Daun dan Seri Teri Buana, kebijaksanaan Hang Nadim serta pengkhianatan Sang Rajuna Tapa.

Pementasan teater ini adalah antara pengisian budaya dalam Program Kepengerusian ASEAN 2025, yang diterbitkan oleh CTRA Production dengan kerjasama Persatuan Bintang Timur dengan melibatkan lebih 150 tenaga produksi. – Bernama

Continue Reading

Previous: Cardi B dikecam selepas dedah belum cuci rambut selama tiga bulan
Next: Fan Bingbing menyerlah di Festival filem Tokyo, memuji profesionalisme kru produksi Mother Bhumi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.