Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sultan Pahang, Tengku Ampuan berangkat ke Majlis Malam Mesra Sarawak-Pahang
  • SEMASA

Sultan Pahang, Tengku Ampuan berangkat ke Majlis Malam Mesra Sarawak-Pahang

Utusan Sarawak 1 day ago
SULTAN Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke Majlis Malam Mesra Sarawak-Pahang di Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak malam ini. Foto UKAS

KUCHING: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke Majlis Malam Mesra Sarawak-Pahang di Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini malam ini.

Keberangkatan tiba baginda berdua pada kira-kira 8.20 malam diiringi Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah kini dalam lawatan empat hari ke Sarawak, bermula hari ini.

Berucap pada majlis itu, Abang Johari berkata Pahang dan Sarawak telah menjalin hubungan erat untuk kepentingan bersama, khususnya dalam memajukan bidang kraf tangan, pelancongan dan pemeliharaan warisan budaya.

Beliau berkata kedua-dua negeri itu juga dikurniakan keindahan alam semula jadi serta warisan budaya yang unik. 

SULTAN Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menghadiri Majlis Malam Mesra Sarawak-Pahang di Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, malam ini. Foto UKAS

“Dari tanah tinggi Cameron dan Taman Negara di Pahang hingga ke hutan tropika dan perkampungan tradisional di Sarawak, kita sama-sama berpotensi besar membangunkan pakej pelancongan bersepadu berasaskan ekopelancongan dan budaya tempatan.

“Melalui promosi bersama, pertukaran budaya serta pengukuhan jaringan penerbangan dan darat, Sarawak dan Pahang berupaya memperkenalkan kepada dunia keindahan sebenar Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian,” katanya.

Menerusi hantaran di Facebok Kesultanan Pahang, beberapa program telah disusun bagi memenuhi jadual keberangkatan baginda berdua sepanjang lawatan, termasuk majlis santapan rasmi, lawatan ke beberapa institusi dan tarikan utama negeri serta Majlis Penangguhan Reggata Sarawak 2025 dan Festival Kraf Borneo Sarawak 2025.

“Lawatan yang dijadual berlangsung hingga Isnin depan ini dijangka dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim serta kerjasama erat antara kerajaan Pahang dan Sarawak,” menurut hantaran itu.

-Bernama  

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Projek Lebuh Raya Pesisir Utara buka peluang ekonomi baharu di utara Sarawak
Next: Tangani isu buli sebelum lebih banyak nyawa terkorban

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.