Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sarawak fokus tingkatkan minat pelajar dalam STEM, sasar 60 peratus menjelang 2030
  • Selatan
  • WILAYAH

Sarawak fokus tingkatkan minat pelajar dalam STEM, sasar 60 peratus menjelang 2030

Utusan Sarawak 18 hours ago

Datuk Francis Harden Hollis pada Majlis Perasmian Penutupan Karnival STEM Bersepadu dan Pendidikan Kerjaya bersama SMK Lubok Antu, semalam. Foto: Pusat Khidmat ADUN Simanggang

LUBOK ANTU: Kerajaan Sarawak terus memperkukuh agenda pembangunan modal insan berasaskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dengan menetapkan sasaran 60 peratus pelajar memasuki aliran STEM menjelang 2030, selaras dengan aspirasi negeri ke arah kerajaan digital.

Timbalan Menteri Pembangunan Bakat, Datuk Francis Harden Hollis berkata usaha memperkasa bidang STEM amat penting bagi memastikan Sarawak melahirkan generasi pelajar yang berdaya saing, inovatif dan bersedia menghadapi cabaran dunia digital.

Datuk Francis Harden Hollis pada Majlis Perasmian Penutupan Karnival STEM Bersepadu dan Pendidikan Kerjaya bersama SMK Lubok Antu, semalam. Foto: Pusat Khidmat ADUN Simanggang

“Karnival STEM Bersepadu dan Pendidikan Kerjaya ini merupakan platform terbaik untuk memperkenalkan dunia STEM kepada pelajar secara lebih interaktif dan realistik. 

“Ia bukan sekadar memberi pendedahan, tetapi juga mencungkil bakat, kreativiti serta potensi pelajar dalam penyelidikan dan inovasi,” katanya ketika merasmikan majlis penutupan karnival berkenaan di SMK Lubok Antu, semalam.

Beliau berkata, penganjuran program seperti ini membuktikan komitmen kerajaan Sarawak untuk melahirkan tenaga mahir tempatan yang mampu menggerakkan transformasi ekonomi dan digital negeri pada masa hadapan.

Karnival yang berlangsung selama empat hari itu menghimpunkan pelbagai aktiviti menarik termasuk pertandingan Roket Air, Cabaran Pembinaan Jambatan, Pameran Pembelajaran (KmR) dan Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL), selain pameran oleh Planeterium Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD).

Sebanyak 24 sekolah terdiri daripada dua sekolah menengah dan 22 sekolah rendah serta lapan institusi pendidikan mengambil bahagian, dengan penyertaan seramai 901 peserta. 

Turut diadakan ialah pameran pendidikan dan kerjaya yang memberi peluang kepada pelajar berinteraksi dengan pelbagai agensi serta 30 Duta Sekolah STEM.

Sebagai galakan, MEITD telah menyalurkan peruntukan RM30,000 kepada SMK Lubok Antu bagi membiayai aktiviti STEM di sekolah berkenaan.

Datuk Francis Harden Hollis pada Majlis Perasmian Penutupan Karnival STEM Bersepadu dan Pendidikan Kerjaya bersama SMK Lubok Antu, semalam. Foto: Pusat Khidmat ADUN Simanggang

“Harapan kita agar inisiatif seperti ini menjadi pemangkin semangat kepada warga pendidik dan pelajar untuk terus memperkasa budaya ilmu serta melahirkan generasi pewaris negara yang seimbang dari segi jasmani, rohani dan intelek,” tambah beliau.

Pada majlis tersebut, Harden turut meluluskan peruntukan berjumlah RM20,000 di bawah Projek Kecil Luar Bandar (MRP) tahun 2026 kepada PIBG sekolah itu bagi pelaksanaan aktiviti peningkatan kemenjadian murid.

Turut hadir Pegawai Pendidikan Daerah Lubok Antu, Vevien Mujah, Pengetua SMK Lubok Antu, Tracy Britin, Yang Dipertua PIBG, Zaini Aji, dan Pengetua SMK Engkilili, Hamdan Juli.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Masjid Nurul Yaqin terima van jenazah daripada kerajaan Sarawak
Next: BDDA pacu kemajuan 25 projek pembangunan di DUN Kalaka

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.