Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Masjid Nurul Yaqin terima van jenazah daripada kerajaan Sarawak
  • Utara
  • WILAYAH

Masjid Nurul Yaqin terima van jenazah daripada kerajaan Sarawak

Utusan Sarawak 22 hours ago
TERIMA KASIH… Datuk Rosey Yunus menyerahkan kunci van jenazah kepada Dedi Ismail di Masjid Nurul Yaqin Kampung Muhibbah Ladang Tiga, hari ini.

NIAH: Masjid Nurul Yaqin, Kampung Muhibbah Ladang Tiga, menerima sumbangan sebuah van jenazah daripada kerajaan Sarawak hari ini.

Sumbangan tersebut amat penting bagi penduduk kampung kerana jarak ke Miri yang agak jauh, memudahkan pengurusan jenazah tanpa perlu bergantung kepada pengangkutan dari bandar.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-kanak Datuk Rosey Yunus berkata, dengan adanya sebuah van jenazah akan memudahkan penduduk kampung dalam hal pengurusan jenazah.

“Sebelum ada van tersebut amat sukar penduduk kampung meminjam van yang agak terhad di Miri.

“Kalau mahu pinjam dari masjid lain juga sukar untuk kita, jadi dengan pemafaman ini Premier kita telah mempertimbangkan permohonan dan hari ini van itu sudah ada di sini,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu berkata demikian pada Majlis Penyerahan Kunci Van Jenazah kepada Masjid Nurul Yaqin Kampung Muhibbah Ladang Tiga di sini, hari ini.

Tambahnya, sumbangan itu adalah berjumlah RM170,000 di mana terdapat baki daripada nilai van turut dibina tempat parkir yang baik dan berbumbung.

“Adanya van ini akan dapat membantu meringankan benda yang dihadapi oleh penduduk kampung.

“Ini merupakan asset yang diberi oleh Kerajaan Sarawak maka kita hendaklah menjaganya dengan baik,” katanya lagi.

Turut hadir Pengerusi Masjid Nurul Yaqin Kampung Muhibbah Ladang Tiga Dedi Ismail, Ketua Gerakan Wanita Bekenu Kaunselor Hadijah Sheikh dan penduduk kampung.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Warga emas cedera terjatuh di tandas, APM Limbang bertindak pantas hantar ke hospital
Next: Sarawak fokus tingkatkan minat pelajar dalam STEM, sasar 60 peratus menjelang 2030

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.