Warga emas cedera terjatuh di tandas, APM Limbang bertindak pantas hantar ke hospital

Facebook
WhatsApp
KHIDMAT KECEMASAN… Anggota APM Limbang membantu seorang warga emas berusia 71 tahun yang terjatuh di tandas rumahnya di Kampung Nauran, malam tadi.

LIMBANG: Seorang warga emas berjaya mendapatkan rawatan di hospital selepas dihantar oleh sepasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Limbang apabila terjatuh di tandas rumahnya di Kampung Nauran, malam tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Limbang, Bonnie Madisun, berkata sepasukan anggotanya bergegas ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira dua kilometer dari Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) sebaik menerima panggilan kecemasan pada 7.07 malam.

“Sebaik tiba di lokasi, anggota dimaklumkan oleh pengadu bahawa mangsa, seorang lelaki berusia 71 tahun, mengalami sakit di bahagian punggung kiri akibat terjatuh di dalam bilik tandas.

“Anggota kami segera melakukan pemeriksaan awal sebelum menghantar mangsa ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Oleh Adeng Edrus

BMW bakal kurangkan 8,000 pekerja

BRUSSELS: Pengeluar kenderaan Jerman, BMW, akan mengurangkan kira-kira 8,000 pekerja dan kebanyakannya di Jerman, sebagai sebahagian daripada program pengurangan kos