Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Produksi Ejen Ali The Movie sedia berkolaborasi dengan syarikat Jepun
  • HIBURAN

Produksi Ejen Ali The Movie sedia berkolaborasi dengan syarikat Jepun

Utusan Sarawak 10 hours ago

TOKYO: Pihak produksi filem animasi Malaysia, Ejen Ali The Movie bersedia dan terbuka untuk berkolaborasi dengan syarikat dari Jepun dalam usaha memperkukuh penceritaan, kualiti produksi dan peluasan pasaran global francais karya tempatan itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Television Networks dan Primeworks Studios Nini Yusof berkata pihaknya menerima banyak maklum balas daripada penggiat industri dan pengarah animasi Negara Matahari Terbit itu yang mengiktiraf tahap produksi berkualiti filem berkenaan ketika sesi pembentangan dan libat urus diPasaran Komersial Festival Filem Antarabangsa Tokyo (TIFFCOM) 2025, bermula semalam hingga esok.  

Nini berkata antara aspek boleh dipelajari untuk mempertingkat kualiti filem terbitan WAU Animation bersama-sama Primeworks Studios itu ialah penulisan skrip yang lebih baik; pertukaran bakat dan teknologi; pengedaran serta strategi pemasaran. 

“Paling penting sekarang ialah kena masukkan lebih banyak elemen emosi menyentuh perasaan. Kalau kita tengok filem siri satu dan dua, rangkumannya berbeza, sekuel kedua lebih banyak aksi selain plot yang lebih kompleks

“Tapi kalau kita nak buat sekuel seterusnya yang sekarang dalam perancangan, kita kena cari bagaimana elemen-elemen tertentu dapat  ditambah supaya kita boleh menarik perhatian audiens baharu yang disasarkan, misalnya wanita,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di TIFFCOM bersempena dengan Festival Filem Antarabangsa Tokyo ke-38 yang berlangsung sejak 27 Oktober lalu hingga 5 November ini.

Nini merupakan antara ahli panel dalam seminar bertajuk Soaring Dreams in ASEAN Animations yang turut menampilkan Penerbit Pemasaran animasi Jumbo dari Indonesia Cristian Imanuell, Penerbit Garuda: Dare To Dream Shanty Harmayn, wartawan yang pakar dalam bidang animasi Jepun Tadashi Sudo serta Setiausaha Agung Asian Film Alliance Network Lorna Tee sebagai moderator. 

Katanya penyertaan dalam acara tersebut memberikan peluang berharga kepada produksi animasi Malaysia untuk menonjol di peringkat antarabangsa, di mana acara itu merupakan platform berprestij untuk penggiat industri animasi antarabangsa membina jalinan kerja.

Beliau menekankan bahawa kerjasama dengan Jepun penting memandangkan pasaran animasi negara itu sudah matang, dan menurut Nini kemampuan menarik perhatian penonton dari negara itu boleh menjadi nilai tambah kepada francais tempatan. 

“Walaupun tumpuan utama Ejen Alitetap pada penonton di Malaysia dan rantau nusantara, potensi pasaran Jepun, Korea Selatan dan China dilihat sebagai peluang tambahan untuk pengembangan ke pasaran global,” katanya. 

Sementara itu, Sudo dalam seminar itu memuji potensi filem animasi di Asia Tenggara yang dilihat semakin berkembang pesat dari segi pertumbuhan pasaran, peningkatan kualiti dan kreativiti selain menyifatkan Ejen Ali serta beberapa karya lain mampu menjadi peneraju industri animasi di rantau tersebut. 

Sudo turut menekankan kolaborasi antara Jepun dan negara lain boleh memperluas pengaruh animasi global memandangkan Jepun mempunyai jaringan pengedaran dan pengalaman yang luas  dalam membawa animasi ke seluruh dunia.

Beliau berkata kreativiti produksi Asia Tenggara dilihat dapat memberikan idea lebih segar, sekali gus memperluas pengaruh animasi global.

 “Dengan gabungan kreativiti tempatan dan kekuatan Jepun dari segi pengedaran, animasi dapat mencapai audiens lebih luas dan menarik pasaran baharu,” katanya yang turut menjangka lebih banyak karya berkualiti tinggi akan muncul dalam lima hingga 10 tahun akan datang.

Mula diterbitkan sebagai siri televisyen pada 2016, animasi Ejen Ali ditayangkan di serata dunia menerusi platform seperti  Netflix, Disney+ Hotstar dan Disney Asia sebelum diangkat ke layar perak pada 2019 dengan sekuel pada Mei tahun ini merekodkan kutipan pecah panggung melebihi RM60 juta. – Bernama

Continue Reading

Previous: Pihak berkuasa AS akan bebaskan Sean ‘Diddy’ Combs pada Mei 2028
Next: George Clooney teroka makna masa dalam filem Netflix Jay Kelly

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.