Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Bursa Malaysia dibuka tinggi berikutan penurunan kadar faedah AS
  • BISNES

Bursa Malaysia dibuka tinggi berikutan penurunan kadar faedah AS

Utusan Sarawak 1 day ago

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis, mengambil petunjuk daripada prestasi bercampur-campur di Wall Street dalam tempoh semalaman berikutan pelabur menyambut baik penurunan kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) yang kedua pada tahun ini.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menambah 1.62 mata kepada 1,613.16 daripada 1,611.54 semasa ditutup pada Rabu, selepas dibuka meningkat 2.62 mata kepada 1,614.16.

Sentimen pasaran adalah negatif, dengan 184 kaunter rugi mengatasi 136 kaunter untung manakala 304 kaunter tidak berubah, 2,086 tidak diniagakan dan 101 yang lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan mencecah 163.55 juta saham bernilai RM84.54 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street ditutup bercampur-campur selepas Fed menurunkan kadar penanda aras sebanyak 25 mata asas.

Menurutnya Dow Jones Industrial Average susut 0.16 peratus kepada 47,632.00 mata, S&P 500 hampir tidak berubah pada 6,809.59 mata manakala Nasdaq menambah 0.55 peratus kepada 23,958.47 mata.

“Bagi bursa tempatan, kami berharap penurunan kadar faedah AS akan meningkatkan keyakinan pelabur. Oleh itu, kami menjangka penanda aras FBM KLCI akan menokok dalam julat 1,610-1,620 hari ini,” katanya kepada Bernama.

Antara saham wajaran tinggi, Public Bank dan Tenaga Nasional masing-masing menambah dua sen kepada RM4.21 dan RM13.32. IHH Healthcare meningkat 17 sen kepada RM8.42 manakala Maybank dan CIMB Group tidak berubah masing-masing pada RM9.87 dan RM7.38.

Bagi saham paling aktif, Systech menambah satu sen kepada 21.5 sen, TWL Holdings dan Insights Analytics masing-masing tidak berubah pada 2.5 sen dan 69 sen. Tanco turun satu sen kepada 91.5 sen, dan Perak Transit susut setengah sen kepada 38 sen.

Kaunter paling untung termasuk LPC Group yang melonjak 30 sen kepada 40 sen, Far East Holdings menambah 18 sen kepada RM4.28, United Plantations meningkat 12 sen kepada RM24.40, Hong Leong Industries dan KESM Industries meningkat 12 sen masing-masing kepada RM13.82 dan RM13.56.

Kaunter paling rugi termasuk Mentiga Corporation, yang menyusut lapan sen kepada 52 sen, Scientex dan Solarvest masing-masing berkurangan enam sen kepada RM3.48 dan RM3.02, Petronas Chemicals susut lima sen kepada RM3.97, dan Sam Engineering rendah empat sen kepada RM4.95.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 1.31 mata kepada 12,055.01, Indeks FBMT 100 naik 2.43 mata kepada 11,794.99, dan Indeks FBM Emas Shariah menambah 1.53 mata kepada 12,141.10.

Sementara itu, Indeks FBM 70 susut 37.09 mata kepada 17,124.90, dan Indeks FBM ACE rendah 10.58 mata kepada 5,214.98.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 11.66 mata kepada 18,181.26, dan Indeks Perladangan naik 11.50 mata kepada 7,973.49 manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.59 mata kepada 171.58, dan Indeks Tenaga berkurangan 1.69 mata kepada 773.33.- Bernama

Continue Reading

Previous: Ringgit dibuka tinggi teruskan kenaikan bagi tujuh hari berturut-turut
Next: Harta Datuk Seri Vida berjaya dilelong dengan nilai RM1 juta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.