Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Sektor maritim pemacu transformasi ekonomi Sarawak
  • BISNES

Sektor maritim pemacu transformasi ekonomi Sarawak

Utusan Sarawak 2 days ago
DATUK Henry Harry Jinep mewakili Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin, memukul gong sebagai simbolik perasmian Borneo International Maritime Week (BIMW) 2025 di Bintulu, hari ini.

BINTULU: Kerajaan Sarawak komited membangunkan sektor maritim yang kukuh dan berdaya saing sebagai pemacu utama transformasi ekonomi negeri di bawah Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030).

Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, kerajaan Sarawak terus memperkukuh usaha pemodenan, pendigitalan dan kelestarian bagi memastikan infrastruktur maritim Sarawak bersedia menghadapi masa depan, bertanggungjawab terhadap alam sekitar serta selaras dengan piawaian antarabangsa.

“Kerajaan Sarawak kekal komited membangunkan sektor maritim yang mampan dan berdaya saing sebagai teras penting pembangunan ekonomi negeri,” katanya.

DATUK Henry Harry Jinep mewakili Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin, berucap merasmikan BIMW 2025 di Bintulu, hari ini.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Timbalannya, Datuk Henry Harry Jinep pada Majlis Perasmian Borneo International Maritime Week (BIMW) 2025 di sebuah hotel di sini, hari ini.

Menurutnya, BIMW2025 menjadi wadah penting untuk memperkukuh kerjasama serantau, memupuk perkongsian ilmu serta mempercepat transformasi maritim di Borneo dan rantau ASEAN.

Diadakan bertemakan ‘Charting the Future of Maritime and Logistics in Borneo and Beyond’ program itu menghimpunkan lebih 30 penceramah tempatan dan antarabangsa serta pempamer yang mempamerkan inovasi, teknologi dan perkhidmatan terkini dalam industri maritim dan logistik.

Lee turut merakamkan penghargaan kepada penganjur utama iaitu Chartered Institute of Logistics and Transport Malaysia (CILT) Bahagian Sarawak, Lembaga Pelabuhan Bintulu serta kementerian dan agensi yang terlibat atas komitmen menjayakan BIMW2025.

Beliau berharap semua peserta memanfaatkan peluang sepanjang program berlangsung untuk memperkukuh jaringan kerjasama dan membina masa depan maritim yang lebih berdaya tahan dan inklusif.

Oleh Carolyne Utih

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Bursa Malaysia dibuka tinggi
Next: Perjanjian perdagangan Malaysia-AS sahkan butiran yang ditetapkan sebelumnya – OCBC

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.