Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • KAFA: Kerajaan perinci usaha digitalisasi, terapkan AI dalam pengajaran
  • PENDIDIKAN

KAFA: Kerajaan perinci usaha digitalisasi, terapkan AI dalam pengajaran

Utusan Sarawak 1 day ago
GAMBAR hiasan.

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang meneliti pelaksanaan pendigitalan di Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) termasuk penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam pengajaran dan pembelajaran sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh sistem pendidikan agama.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata inisiatif itu dilaksanakan melalui kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersama Jabatan Agama Islam Negeri serta Majlis Agama Islam Negeri bagi memastikan proses pengajaran di KAFA lebih berkesan.

“Kita akan cuba untuk memperluaskan lagi usaha ini dengan lebih baik dan saya ambil maklum bahawa keperluan digital adalah sangat penting tetapi memerlukan satu kajian terperinci kerana melibatkan kos.

“Kita ingin pastikan semuanya mendapat akses kepada KAFA dan dalam masa yang sama mereka tidak tercicir walau apa sekali pun,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Dr Mohammed Taufiq Johari (PH-Sungai Petani) yang ingin tahu sama ada kerajaan atau kementerian bercadang untuk menyediakan dana khusus teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi KAFA. 

Zulkifli berkata setakat ini kerajaan sudah memulakan beberapa usaha ke arah integrasi digital dalam KAFA, termasuk penyediaan program latihan profesional kepada guru KAFA melalui kerjasama dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Menjawab soalan tambahan Suhaizan Kaiat (PH-Pulai) mengenai pemantauan dan penguatkuasaan silibus KAFA supaya bersifat seragam, beliau berkata kerajaan turut menyemak semula kurikulum, buku teks dan garis panduan pemantauan bagi memastikan pelaksanaan KAFA kekal seragam di seluruh negara.

“Sebenarnya kita sudah ada kerangka untuk memastikan bahawa setiap pelaksanaan dan juga pemantauan itu dilakukan secara sistematik. Buat masa ini, kita ada 6,588 premis yang merangkumi kira-kira 1.4 juta pelajar ataupun murid KAFA.

“Kita juga mengadakan program latihan dan pembangunan profesional bagi guru-guru KAFA untuk memastikan mereka memahami silibus dan cara pengajaran yang berkesan. Di peringkat negeri, penyelia KAFA akan menyelia 100 orang guru dan sekarang ini kita ada 383 penyelia untuk memantau 36,500 guru KAFA, ini menunjukkan kita sudah ada kerangkanya,” katanya.

-Bernama  

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Lawatan rasmi ke Mesir: Delegasi Sarawak perkukuh kerjasama, kebajikan pelajar
Next: Taklimat Pendidikan Premier Sarawak tegaskan fokus kerajaan terhadap pelajar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.