Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Hubungan dagangan Sarawak–Brunei terus kukuh, nilai dagangan cecah RM3.39 bilion pada 2024
  • BISNES

Hubungan dagangan Sarawak–Brunei terus kukuh, nilai dagangan cecah RM3.39 bilion pada 2024

Utusan Sarawak 2 days ago
BUKA RUANG… Awang Tengah kelihatan berkongsi pandangan untuk merangka strategik pelaburan dengan Zaidi, Awangku Jinal Abedin dan Mohd Aini di pejabat STATOB.

BANDAR SERI BEGAWAN: Hubungan perdagangan antara Sarawak dan Negara Brunei Darussalam terus menunjukkan perkembangan positif apabila jumlah dagangan antara kedua-dua wilayah meningkat kepada RM3.39 bilion pada 2024.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, berkata peningkatan itu mencerminkan keakraban hubungan dua hala yang diperkukuh melalui kerjasama erat dalam pelbagai sektor, termasuk pertanian, pelaburan bersama dan pembangunan ekonomi serantau.

“Perdagangan rentas sempadan antara Sarawak dan Brunei telah lama terjalin dan terus menunjukkan perkembangan positif dari tahun ke tahun.”

“Angka ini (RM3.39 bilion) bukan sekadar menunjukkan nilai ekonomi, tetapi juga mencerminkan hubungan mesra dua wilayah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pertukaran memorandum perjanjian (MoA) antara LCDA Agri Business Sdn Bhd dan Sahamada Corporation Sdn Bhd bagi Projek Rimbunan Kaseh Sundar Lawas di Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak–Brunei (STATOB) di Bandar Seri Begawan, di sini semalam.

Projek berkeluasan 21.45 hektar itu menyaksikan penglibatan pelabur dari Brunei dalam sektor pertanian dan produk akuakultur, sekali gus memperkukuh jaringan ekonomi serantau.

Dalam pada itu, Awang Tengah mencadangkan agar wilayah di Pulau Borneo bekerjasama memperkenalkan promosi bersama yang berupaya menjadi tarikan pelancongan dan perdagangan utama rantau ini.

“Kita berada di pulau ketiga terbesar di dunia yang kaya dengan sumber semula jadi dan warisan budaya.

“Melalui kerjasama dengan Sabah, Labuan dan Brunei, pelbagai program seperti regata atau maraton jambatan Brunei–Temburong boleh dianjurkan bagi menarik pelancong serta memanfaatkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS),” katanya.

Selain itu penglibatan usahawan kecil dikawasan bersempadan dijangka akan lebih efektif melalui penggunaan teknologi moden seperti e-dagang.

Ini membolehkan perdagangan rentas sempadan akan lebih diperluas sehingga membolehkannya menjadi hab perdagangan rentas sempadan di rantau ini.

Perdagangan rentas sempadan juga tidak hanya terletak pada perniagaan kecil sebaliknya turut disumbang oleh sektor pelancongan yang akan memperkukuhkan pembangunan ekonomi dikawasan berkenaan.

Hadir sama Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan Brunei Dato Sri Dr Abdul Manaf Metussin, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke negara Brunei Tuan Yang Terutama Datuk Mohd Aini Atan, Pengurus Besar Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) Datu Sri Zaini

Mahdi, Ketua Pegawai Eksekutif STATOB Samat Junai, Penasihat Sahamada Corporation Sdn Bhd Brunei Ilias Matussin, Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Awangku Jinal Abedin Dato Pengiran Jawa.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Next: Sarawak peruntuk RM500 juta bagi projek padi berskala besar di Limbang dan Lawas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.