Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Panduan kerjaya awal diperlukan untuk pelajar Sarawak
  • PENDIDIKAN

Panduan kerjaya awal diperlukan untuk pelajar Sarawak

Utusan Sarawak 1 day ago
UNTUK ALBUM… Datuk Abdullah Saidol bergambar bersama peserta Program Penerangan dan Penjelasan Isu-Isu Semasa di Dewan Hikmah, hari ini.

PETRA JAYA: Pelajar Sarawak perlu diberikan panduan awal mengenai hala tuju kerjaya bagi memastikan mereka memilih bidang pengajian yang selaras dengan keperluan industri dan pembangunan negeri.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol, berkata langkah itu penting bagi memastikan keperluan modal insan dalam pelbagai sektor strategik dipenuhi oleh tenaga kerja tempatan.

“Kita mahu pelajar-pelajar dari Sarawak diberikan bimbingan awal mengenai hala tuju kerjaya mereka supaya dapat memilih kursus yang benar-benar relevan dengan keperluan pasaran kerja di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis penangguhan Program Penerangan dan Penjelasan Isu-Isu Semasa di Dewan Hikmah, di sini, hari ini.

JELASKAN… Datuk Abdullah Saidol ketika ditemui pemberita selepas majlis penangguhan Program Penerangan dan Penjelasan Isu-Isu Semasa di Dewan Hikmah, hari ini.

Menurutnya, antara bidang yang kini memerlukan lebih ramai tenaga pakar termasuk ekonomi digital, teknologi maklumat, tenaga boleh diperbaharui, kejuruteraan, serta kecerdasan buatan (AI).

“Melalui pelbagai inisiatif kerajaan, termasuk ekonomi digital dan penubuhan institut AI, kita memerlukan ramai pakar dalam bidang teknologi baharu ini,” jelasnya.

Katanya lagi, walaupun ramai pelajar Sarawak berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti, sebahagian besar memilih kursus yang tidak menepati keperluan semasa pasaran pekerjaan di negeri ini.

“Ada yang mengambil jurusan tertentu dengan harapan untuk bekerja di Sarawak, tetapi akhirnya bekerja di Semenanjung. Jadi, panduan kerjaya ini perlu dimulakan seawal Tingkatan 5 dan Tingkatan 6,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau mencadangkan supaya diwujudkan sebuah institut khas untuk pelajar lepasan STPM di Sarawak bagi memberi tumpuan kepada pembangunan potensi dan kematangan pelajar Tingkatan 6.

“Tahap pendidikan dan kaedah pembelajaran pelajar Tingkatan 6 berbeza daripada pelajar sekolah biasa. 

“Jadi, kita mahu mereka diberi keutamaan dan bimbingan supaya lebih bersedia menghadapi alam universiti,” katanya.

Beliau berkata, cadangan tersebut memerlukan sokongan kerajaan dan peruntukan bagi melaksanakan program bersama Kementerian Pendidikan dan Yayasan Sarawak.

Jelasnya, usaha itu juga sejajar dengan pelaksanaan pendidikan percuma di universiti milik kerajaan Sarawak bermula tahun depan, yang dijangka meningkatkan jumlah pelajar tempatan melanjutkan pelajaran ke institusi berkenaan.

“Kita mahu pelajar memilih kursus yang benar-benar diperlukan, seperti dalam bidang telekomunikasi dan media. 

“Kita juga mahu melahirkan lebih ramai warga media berkemahiran tinggi, bukan sekadar dalam kewartawanan biasa, tetapi juga dalam penggunaan peralatan digital serta teknologi AI,” tambahnya.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: KPM pastikan pengisian guru cukup, jamin PdP berjalan secara optimum
Next: Sarawak Skills kini peneraju utama TVET

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.