Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Dr Sim gesa Kerajaan Persekutuan adil biayai projek kesihatan Sarawak
  • KESIHATAN

Dr Sim gesa Kerajaan Persekutuan adil biayai projek kesihatan Sarawak

Utusan Sarawak 1 day ago
TIMBALAN Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian bercakap kepada media selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Sarawak Mengenai Penuaan (SICA) 2025 di sebuah hotel terkemuka di Kuching, hari ini. Foto Adele Rissa

KUCHING: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, melahirkan rasa tidak puas hati terhadap ketidakseimbangan peruntukan antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan Sarawak dalam membiayai projek kesihatan utama seperti Hospital Kanser di negeri ini.

Beliau menegaskan bahawa walaupun kerajaan negeri bersetuju menanggung kos pembinaan hospital tersebut terlebih dahulu, Kerajaan Persekutuan seharusnya memainkan peranan yang sama seperti projek di Semenanjung.

“Contohnya, Hospital Kanser Utara di Alor Setar yang menempatkan 200 katil dibina dengan kos RM906 juta sepenuhnya dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan. Jadi, mengapa apabila tiba di Sarawak, kita pula diminta untuk bayar dahulu?” katanya selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Sarawak Mengenai Penuaan (SICA) 2025 di sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini.

Beliau menekankan bahawa rakyat Sarawak juga berhak menikmati kemudahan kesihatan setaraf negeri lain.

“Ahli-ahli Parlimen dari Sarawak sepatutnya berjuang di Kuala Lumpur untuk memastikan keadilan ini. Jika Kerajaan Persekutuan boleh membiayai hospital di Kedah dan Pulau Pinang, mengapa tidak di Sarawak?” ujarnya.

Dr Sim turut menegaskan Premier Sarawak telah menunjukkan komitmen tinggi dengan bersetuju supaya kerajaan negeri mendahulukan dana bagi membina Hospital Kanser Sarawak bernilai RM1 bilion.

Beliau menambah bahawa kos operasi tahunan bagi hospital tersebut dianggarkan mencecah RM300 juta, termasuk rawatan kemoterapi serta keperluan doktor dan jururawat, yang sepatutnya ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan.

“Kita tidak boleh terus menunggu dengan alasan tiada peruntukan. Rakyat Sarawak juga menghadapi peningkatan kes kanser dengan lebih 3,000 kes dilaporkan tahun lalu dan kemudahan ini amat diperlukan segera,” katanya.

“Kos sebenar untuk membuka satu salur arteri tersumbat boleh mencecah RM10,000 hanya bagi penggunaan peralatan sahaja. Dengan sokongan dana operasi daripada kerajaan Persekutuan, pesakit kini hanya perlu membayar antara RM300 hingga RM500. Jika tiada peruntukan itu, rawatan sebegini tidak lagi mampu diakses oleh rakyat biasa,” tegasnya.

Dr Sim turut mengingatkan wakil rakyat agar memahami isu kesihatan dengan lebih mendalam sebelum mengeluarkan kenyataan, sambil menegaskan bahawa kerajaan negeri sentiasa berusaha memastikan sistem kesihatan Sarawak kekal mampan dan mampu diakses oleh semua.

Oleh Adele Rissa

Continue Reading

Previous: Saintis Australia jumpa biopenanda baharu bantu rawat kanser ovari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.