Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • PMW International sasar kumpul modal RM60.7 juta menerusi IPO
  • BISNES

PMW International sasar kumpul modal RM60.7 juta menerusi IPO

Utusan Sarawak 2 days ago

KUALA LUMPUR: PMW International Bhd menyasarkan untuk mengumpulkan sejumlah RM60.66 juta menerusi tawaran awam permulaan (IPO) menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Bhd pada 18 November 2025.

Dalam kenyataannya kepada Bursa Malaysia, syarikat pengeluar tiang konkrit spun prategasan, cerucuk dan produk konkrit berkaitan menyatakan sebanyak RM47.29 juta digunakan bagi keperluan perbelanjaan modal, RM5.69 juta bagi modal kerja dan baki RM7.67 juta untuk menampung keperluan perbelanjaan penyenaraian.

“Syarikat berhasrat memperuntukkan sejumlah RM46.71 juta atau kira-kira 77 peratus daripada hasil kasar bagi membina kemudahan baharu pengeluaran tiang dan cerucuk kitar serta ruang pejabat (fasiliti Tanjung Manis) bagi perkhidmatan lebih cekap kepada pelanggan di Sarawak,” katanya.

Perancangan fasiliti Tanjung Manis mempunyai keluasan binaan kira-kira 60,900 kaki persegi, termasuk kawasan pembuatan berbumbung dan ruang pejabat.

Kemudahan tersebut juga mempunyai kawasan storan terbuka seluas kira-kira 1.2 juta kaki persegi bagi menyimpan bahan input seperti pasir dan agregat serta tiang dan cerucuk kitar siap.

PMW International berkata langkah IPO itu akan merangkumi terbitan awam sebanyak 178.41 juta saham biasa baharu dan tawaran jualan sebanyak 89.21 juta saham biasa sedia ada.

Daripada jumlah saham terbitan awam berkenaan, sebanyak 44.60 juta saham disediakan untuk permohonan orang awam Malaysia melalui sistem undian manakala 22.30 juta saham diperuntukkan untuk pengarah, pekerja yang layak dan individu yang telah menyumbang kepada kejayaan PMW dan anak syarikatnya.

 Menurutnya, sebanyak 111.51 juta saham terbitan awam akan diperuntukkan kepada pelabur Bumiputera yang diluluskan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri manakala 89.21 juta saham menerusi tawaran jualan akan disediakan untuk pelabur terpilih secara penempatan khas.- Bernama

Continue Reading

Previous: Bursa Malaysia dibuka tinggi
Next: Pengecualian tarif AS langkah positif untuk industri minyak sawit Malaysia – MPOC

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.