Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Malaysia iltizam pastikan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 berjalan lancar – PM Anwar
  • NASIONAL

Malaysia iltizam pastikan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 berjalan lancar – PM Anwar

Utusan Sarawak 12 hours ago
DATUK Seri Anwar Ibrahim. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Malaysia beriltizam memastikan penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) yang bermula hari ini hingga 28 Okt berjalan dengan lancar dan mencapai hasil yang bermakna.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sidang kemuncak berkenaan penting bagi memperkukuh perpaduan, memacu pertumbuhan serantau serta menegaskan peranan ASEAN sebagai pusat kestabilan dan kemakmuran.

“Mohon titipan doa daripada seluruh rakyat agar segala urusan dipermudah-Nya, insya-Allah,” katanya menerusi hantaran Facebook, hari ini.

Anwar menghadiri pramesyuarat sebagai persiapan terakhir menjelang sidang kemuncak berkenaan di bawah kepengerusian Malaysia, malam tadi.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di bawah Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 dengan tema “Keterangkuman dan Kemampanan”, menjadi antara perhimpunan terbesar dalam sejarah blok itu.

Tahun ini menandakan kali kelima Malaysia memegang tampuk Kepengerusian ASEAN sejak penubuhan badan serantau itu pada 1967.

Malaysia sebelum ini mempengerusikan ASEAN pada 2015, 2005, 1997 dan 1977.

-BERNAMA

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Presiden Afrika Selatan diberi sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra
Next: Sidang Kemuncak ASEAN: Keanggotaan rasmi Timor-Leste, lawatan Trump tumpuan hari pertama

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.