Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • 22 negara sertai Festival Bot Naga Antarabangsa Sarawak 2025
  • SEMASA

22 negara sertai Festival Bot Naga Antarabangsa Sarawak 2025

Utusan Sarawak 7 hours ago
JELASKAN… Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah ketika ditemui pada majlis perasmian Regata Sarawak dan Festival Bot Naga Antarabangsa Sarawak 2025 di Tebingan Kuching, hari ini. Foto Shahrul Qaizat

KUCHING: Seramai lebih 2,000 pendayung dari 22 negara mengambil bahagian dalam Festival Bot Naga Antarabangsa Sarawak 2025 yang berlangsung di Tebingan Kuching mulai hari ini, menjadikan penyertaan tahun ini paling tinggi dalam sejarah penganjuran acara berprestij tersebut.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, sambutan luar biasa itu menggambarkan populariti acara sukan air tersebut yang terus mendapat tempat di peringkat antarabangsa.

“Jumlah maksimum yang dapat kita terima tahun ini ialah 22 negara dan ini merupakan penyertaan tertinggi dalam sejarah penganjuran Festival Bot Naga Antarabangsa Sarawak,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis perasmian Regata Sarawak dan Festival Bot Naga Antarabangsa Sarawak 2025 di Tebingan Kuching, hari ini.

Beliau berkata, lebih 2,000 pendayung dari seluruh dunia kini berada di Kuching bagi menyertai pertandingan yang akan berlangsung selama tiga hari, bermula hari ini hingga Ahad ini.

Menurutnya, Regata Sarawak pula akan diadakan pada minggu hadapan, yang menjadi kemuncak kepada siri aktiviti sukan air di ibu negeri setiap tahun.

“Regata Sarawak adalah sukan air yang amat diminati oleh rakyat Sarawak. Tahun ini kita memperkenalkan satu prasyarat baharu iaitu semua pendayung wajib memakai jaket keselamatan, pertama kali diperkenalkan untuk memastikan keselamatan peserta,” ujarnya.

Katanya, langkah itu diambil susulan beberapa insiden perahu karam yang pernah berlaku pada edisi lalu termasuk kejadian di Beladin baru-baru ini.

Selain pertandingan, Abdul Karim berkata pelbagai aktiviti sampingan turut diadakan sepanjang festival termasuk Festival Gendang dan jualan kraf tangan di Dataran Tebingan Kuching.

“Sambutan amat baik dan jualan kraf tahun lepas mencatat hasil lebih RM2 juta dalam tempoh seminggu. Tahun ini pula kita sediakan ruang jualan berhawa dingin bagi keselesaan pengunjung,” tambahnya.

Oleh Shahrul Qaizat

Continue Reading

Previous: Tat Meng terharu sokongan Hannah, MSN
Next: Rakyat Sarawak diingatkan jaga keselamatan pelancong – Abdul Karim

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.