Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki ditahan miliki syabu di Engkilili
  • JENAYAH

Lelaki ditahan miliki syabu di Engkilili

Utusan Sarawak 1 day ago
TANGKAPAN dilakukan sekitar 8.30 malam tadi di kawasan jambatan gantung Merio, Engkilili. Foto IPD Lubok Antu

LUBOK ANTU: Lelaki tempatan berusia lingkungan 30an ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lubok Antu selepas didapati memiliki dadah jenis syabu seberat 0.20 gram dalam Op Tapis Khas IPD Lubok Antu, semalam.

Tangkapan dilakukan sekitar 8.30 malam tadi di kawasan jambatan gantung Merio, Engkilili.

Menurut kenyataan IPD Lubok Antu hari ini, ujian saringan air kencing turut mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.

Kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

DADAH jenis syabu seberat 0.20 gram yang dimiliki oleh lelaki tempatan bersia 30an. Foto IPD Lubok Antu

Polis menggesa orang ramai agar menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kegiatan jenayah atau penyalahgunaan dadah di kawasan masing-masing dengan menghubungi Ketua Polis Daerah Lubok Antu, DSP Pricha Azin di talian 019-8897640 atau Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Inspektor Harper Kenol di talian 014-8833311.

IPD Lubok Antu menegaskan bahawa operasi Op Tapis Khas akan diteruskan secara berterusan bagi membanteras aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah di daerah ini.

Oleh Adi Safarman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Lelaki ditahan miliki, positif dadah di Kapit
Next: Polis tumpas sindiket dadah, rampas syabu bernilai lebih RM117,000

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.