Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Brigitte Bardot nafi dakwaan masalah kesihatan
  • HIBURAN

Brigitte Bardot nafi dakwaan masalah kesihatan

Utusan Sarawak 14 hours ago
GAMBAR fail pelakon Brigitte Bardot, meninggalkan Istana Elysee di Paris selepas menghadiri pertemuan dengan Presiden Perancis ketika itu, Nicolas Sarkozy, pada 27 September 2007. Foto AFP

PARIS, Perancis: Ikon filem Perancis berusia 91 tahun, Brigitte Bardot, kelmarin menepis spekulasi berterusan di media sosial mengenai keadaan kesihatannya, sambil mengecam pengguna internet yang disifatkannya sebagai ‘tidak berakal’.

“Saya dalam keadaan baik,” tulis bintang era 60-an yang juga aktivis hak haiwan lantang itu di platform X (Twitter).

“Saya tidak tahu siapa ‘si dungu’ yang memulakan khabar angin palsu tentang kematian saya malam ini, tetapi percayalah, saya baik-baik saja dan tidak berniat untuk ‘mengundur diri’ dalam masa terdekat.”

Kesihatan Bardot bintang filem klasik seperti And God Created Woman dan Contempt — menjadi topik spekulasi sejak beberapa hari lalu.

Beliau baru-baru ini menjalani pembedahan kecil di sebuah hospital swasta di selatan Perancis, yang menurut pejabatnya kepada AFP, “berjalan dengan sangat baik”.

Bagaimanapun, Bardot dilaporkan sudah kembali ke kediamannya di Saint-Tropez, kawasan peranginan mewah di Riviera Perancis tempat beliau menyendiri sejak meninggalkan dunia perfileman pada 1973.

– AFP

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: NCT Dream buat kejutan, bayar semua bil makanan peminat lepas konsert

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.