

SINGAPURA: Kumpulan K-pop popular, NCT Dream, membuat kejutan manis apabila membayar semua bil makanan pelanggan di salah sebuah restoran selepas konsert mereka di Marina Bay Sands baru-baru ini.
Tiga ahli kumpulan iaitu Renjun, Haechan, dan Jaemin dilihat menjamu selera di restoran tersebut selepas persembahan mereka tamat.
Namun, suasana bertukar meriah apabila peminat mendapati kumpulan itu menaja semua makanan pelanggan lain, yang kebanyakannya peminat setia NCT Dream.
Video tular menunjukkan Haechan dan Jaemin keluar dari restoran sambil memegang resit panjang dan melambai mesra kepada peminat.
Pihak Haidilao mengesahkan kejadian itu menerusi hantaran di Instagram dan menyifatkan mereka berbesar hati dengan kehadiran kumpulan tersebut.
Tindakan pemurah NCT Dream itu mendapat pujian ramai warga internet yang kagum dengan sikap rendah hati mereka.
“Bukan sahaja berbakat, tetapi juga berhati baik. Untungnya peminat NCT dapat makan percuma,” tulis seorang pengguna media sosial. – Agensi