
SIBU: Persatuan Kebajikan dan Penjagaan Kehidupan Sibu akan menganjurkan kempen derma darah di Orange Zone, Star Mega Mall di sini pada Ahad ini.
Kempen dengan kerjasama Unit Perkhidmatan Transfusi Darah Hospital Sibu dan Star Mega Mall, bermula 9.30 pagi hingga 2.00 petang.
Penganjuran kempen ini bertujuan untuk membantu pihak bank darah hospital mendapatkan bekalan darah yang mencukupi untuk kegunaan Hospital Sibu.
Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti kempen derma darah, orang ramai boleh menghubungi Unit Bank Darah, Hospital Sibu di talian 084-343333 sambungan 2010.
Oleh Akun Giman