Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kerajaan Sarawak terus perkukuh perpaduan antara penganut pelbagai agama
  • TEMPATAN

Kerajaan Sarawak terus perkukuh perpaduan antara penganut pelbagai agama

Utusan Sarawak 1 day ago
Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, berucap pada Majlis Sambutan Hari Suci Kembar (Twin Holy Days) Komuniti Bahá’í Sarawak di sebuah hotel terkemuka, Kuching. Foto UKAS

KUCHING: Sarawak terus muncul sebagai contoh terbaik perpaduan masyarakat berbilang agama, hasil komitmen berterusan kerajaan negeri dalam memperkukuh keharmonian dan saling menghormati antara penganut pelbagai kepercayaan.

Menurut Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, perpaduan dan pendidikan merupakan asas utama kemajuan rakyat serta teras kepada kestabilan negeri.

Beliau menegaskan bahawa kerajaan negeri sentiasa memastikan semua komuniti agama di Sarawak mendapat ruang, sokongan dan pengiktirafan sewajarnya menerusi Unit Hal Ehwal Agama Lain (UNIFOR).

“Melalui UNIFOR, kerajaan memastikan setiap komuniti agama dapat hidup aman dan bekerjasama dalam suasana saling hormat serta persefahaman,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Suci Kembar (Twin Holy Days) Komuniti Bahá’í Sarawak di sebuah hotel terkemuka, di sini, malam ini.

Rakaman gambar kenangan bersama teramu yang turut hadir pada Majlis Sambutan Hari Suci Kembar (Twin Holy Days) Komuniti Bahá’í Sarawak di sebuah hotel terkemuka, Kuching. Foto UKAS

Beliau turut memuji peranan komuniti Bahá’í Sarawak yang sejak kehadirannya pada 1951 konsisten mengamalkan nilai kesatuan dan khidmat masyarakat yang menyumbang kepada keharmonian negeri.

“Ajaran Bahá’í yang menekankan kesatuan umat manusia dan kepentingan pendidikan sejajar dengan aspirasi kerajaan negeri dalam melahirkan masyarakat berilmu serta berakhlak tinggi,” ujarnya.

Turut hadir Pengarah UNIFOR, Dato Georgina Apphia Ngau, Pengerusi Perhimpunan Rohani Bahá’í Sarawak, Dr Shehab Phung Chee Wei serta tetamu kehormat lain.

Oleh Masrin Affirah

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Sarawak selesai sukat 1.2 juta hektar tanah NCR, 938,000 hektar diwartakan
Next: Sajak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.