Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Industri kraf tangan pemangkin ekonomi wanita Julau
  • Tengah
  • WILAYAH

Industri kraf tangan pemangkin ekonomi wanita Julau

Utusan Sarawak 23 hours ago
TANDA KENANGAN….Ahli Parlimen Julau, Datuk Larry Sng Wei Shien bergambar bersama Biro Wanita di Rumah Tangai, Nanga Ayam, semalam. Foto Facebook Datuk Larry Sng Wei Shien 

JULAU: Industri kraf tangan berpotensi besar menjadi pemangkin ekonomi bagi golongan wanita luar bandar, sekali gus memperkukuh warisan budaya masyarakat tempatan, kata Ahli Parlimen Julau, Datuk Larry Sng Wei Shien.

Katanya, penglibatan aktif wanita dalam bidang kraf tangan bukan sahaja mampu menjana pendapatan keluarga, malah dapat memastikan hasil seni tradisi seperti pua kumbu dan anyaman tikar terus diwarisi oleh generasi muda.

“Dahulu, kita ada orang tua yang sangat mahir membuat pua kumbu dan kerja ini mesti diwarisi oleh generasi muda dan jika tidak, ia akan lenyap dan ini kerugian buat kita.

“Anyaman tikar masih dilakukan oleh orang tua dan saya berharap generasi muda akan mempelajarinya.

“Mungkin pada masa hadapan, anyaman tikar atau kraf tangan lain mungkin sudah tidak wujud lagi,” katanya dalam satu hantaran di media sosial Facebook rasminya, hari ini.

Oleh itu, beliau menggesa generasi muda untuk mempelajari kraf tangan tersebut supaya tidak lenyap akibat arus pembangunan global yang kian maju. 

Larry yang juga Pengerusi Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) turut menyatakan mungkin akan mengadakan bengkel kraf tangan dan ia akan menjadi asas dan titik permulaan untuk mengekalkan identiti dan warisan.

“Melalui bengkel ini, kita dapat belajar agar industri kraf tangan terus berkembang dan menjadi penggerak ekonomi negara dan rakyat,” ujarnya. 

Tambahnya, kemajuan industri pelancongan di Sarawak turut membuka peluang besar kepada pengusaha kraf tangan tempatan untuk memperkenalkan produk mereka kepada pelancong luar.

“Kita boleh menjual produk kraf tangan kepada mereka yang boleh menjadi cenderahati kunjungan mereka ke sini dan pelancong sentiasa berminat serta ingin membeli produk tersebut.

“Ini adalah sebahagian daripada strategi perniagaan kraf tangan kita dan cara untuk menjual produk kepada pelancong asing,” tambahnya.

Jelasnya, kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan Sarawak dalam membangunkan sektor pelancongan akan terus membuka ruang ekonomi baharu kepada penduduk luar bandar.

“Kerajaan Persekutuan dan kerajaan Sarawak telah membangunkan industri pelancongan yang boleh menjadi peluang rakyat dalam menjinakkan diri dalam industri pelancongan,” katanya lagi. 

Dalam pada itu, katanya, wanita kini mampu berdiri sama tinggi serta duduk sama rendah dengan lelaki dan ramai wanita kini dilantik sebagai Tuai Rumah untuk memimpin masyarakat. 

“Selain itu, wanita hari ini tidak seperti 20 tahun dahulu, kerana kini mereka sudah terbukti mahir serta petah bertutur untuk berkongsi idea bagi pembangunan amnya kepada masyarakat,” katanya. 

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Seminar Promosi Tanaman Lada di Marudi tarik 150 peserta, sokong industri lada negara
Next: Sukan bola keranjang platform bina generasi sihat dan berdaya saing

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.