Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Hope Place bantu kanak-kanak tujuh tahun terlantar akibat masalah perkembangan global
  • TEMPATAN

Hope Place bantu kanak-kanak tujuh tahun terlantar akibat masalah perkembangan global

Utusan Sarawak 14 hours ago
PERLU BANTUAN… Pihak Hope Place Kuching menyampaikan bantuan kepada Iris Nur Raisya Halippuma di kediamannya di Bako. 

KUCHING: Prihatin terhadap nasib seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun yang terlantar akibat masalah kesihatan kronik, badan bukan kerajaan (NGO) tempatan, Hope Place Kuching, baru-baru ini tampil menghulurkan bantuan selepas menerima permintaan daripada Hospital Umum Sarawak (HUS).

Kanak-kanak tersebut, Iris Nur Raisya Halippuma, tinggal bersama ibu bapanya dan empat adik-beradik berhampiran Bako.

Iris disahkan menghidap Masalah Perkembangan Global (Global Development Delay) (GDD) yang menyebabkan dia tidak mampu bertutur atau bergerak.

Menurut ibunya, Shaniza, 38, Iris mula sakit sejak berusia dua bulan dan sering keluar masuk hospital untuk rawatan.

Namun, keadaan kesihatannya merosot pada Ogos lalu sehingga dia kini terlantar sepenuhnya dan bergantung kepada tiub untuk makan.

“Walaupun tidak boleh bercakap, Iris masih mengenali kami, terutamanya apabila saya memanggil namanya. Dia juga kerap diserang sawan,” kata Shaniza.

Suaminya, Halippuma, 38, bekerja sebagai pemandu lori dan menjadi satu-satunya pencari nafkah keluarga, manakala Shaniza sepenuh masa menjaga lima anak mereka termasuk Iris yang memerlukan perhatian rapi setiap tiga jam untuk proses penyusuan.

Keluarga tersebut kini menerima bantuan bulanan sebanyak RM500 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat serta sumbangan sekali daripada Baitulmal.

Hope Place pula menyumbang lampin pakai buang kanak-kanak bagi meringankan beban keluarga itu.

Pengasas Hope Place, Kelvin Wan, berkata pihaknya akan terus memantau keadaan keluarga berkenaan dan mengalu-alukan sumbangan orang ramai bagi membantu kanak-kanak seperti Iris yang memerlukan penjagaan khas jangka panjang.

“Setiap bantuan kecil mampu membawa kelegaan besar kepada keluarga yang berdepan ujian seperti ini,” katanya.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Peruntukan RM73.9 juta naik taraf Jalan Padawan dijangka siap Jun tahun depan
Next: Kerajaan Sarawak akan bina 20,000 unit rumah mampu milik – Premier Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.