Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • AZAM Sarawak terus perkasa belia melalui program Kepimpinan Dalam Belia
  • Utara
  • WILAYAH

AZAM Sarawak terus perkasa belia melalui program Kepimpinan Dalam Belia

Utusan Sarawak 14 hours ago
UNTUK ALBUM… Ketua Pegawai Eksekutif AZAM Sarawak, Ali Suhaili bergambar bersama peserta program Kepimpinan Dalam Belia di sebuah hotel di Bintulu baru-baru ini.

BINTULU: Angkatan Zaman Mansang Sarawak (AZAM Sarawak) terus memainkan peranan aktif dalam menyokong Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan (MYSED) menerusi penganjuran program dua hari Kepimpinan Dalam Belia pada 15 dan 16 Oktober lalu di sebuah hotel, di sini.

Program tersebut yang menjadi sebahagian daripada sambutan Minggu Belia Sarawak 2025 yang menghimpunkan belia daripada pelbagai latar belakang bagi meneroka aspek kepimpinan, komunikasi, kerja berpasukan dan pembangunan diri.

Ketua Pegawai Eksekutif AZAM Sarawak, Ali Suhaili, dalam kenyataan berkata kerjasama itu mencerminkan komitmen berterusan AZAM sebagai rakan strategik kerajaan negeri dalam memperkukuh pembangunan belia menerusi pendekatan pembelajaran berasaskan penyertaan dan pengalaman.

“Setiap anak muda mempunyai potensi untuk memimpin tanpa mengira latar belakang atau pengalaman. Apa yang mereka perlukan ialah peluang, bimbingan dan pendedahan untuk membina keyakinan serta hala tuju.

“Melalui program seperti ini, AZAM berhasrat membantu belia Sarawak mengenal pasti potensi kepimpinan mereka agar dapat menyumbang secara bermakna kepada komuniti serta visi negeri di bawah Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 2030 (PCDS 2030),” katanya.

Menurutnya lagi, inisiatif pembangunan belia AZAM Sarawak dirangka untuk memperkukuh kemahiran komunikasi, kolaborasi dan pemikiran kritikal, kecekapan penting dalam dunia yang sedang berubah pantas.

Sepanjang dua hari penganjuran, pelbagai aktiviti interaktif, latihan berkumpulan dan sesi refleksi dijalankan bagi membolehkan peserta memahami erti kepimpinan sebagai gabungan empati, ketahanan dan semangat berkhidmat kepada orang lain.

Menambah nilai kepada program berkenaan, sesi ‘Coffee Talk: Kepimpinan Dalam Belia turut diadakan pada hari pertama menampilkan barisan pemimpin muda iaitu Afiq Khatem (Ketua Pegawai Eksekutif Ibrandium), Theron Then Kai Yuan (Presiden AZAM Young Souls – AYS) dan Loo Yong Sieng (Naib Presiden JCI Malaysia bagi JCI Jalan Tanjung Kidurong 2025).

Sesi tersebut dikendalikan oleh Fadzim Aiman, Timbalan Pengerusi AYS, yang berkongsi pandangan mengenai kepimpinan, keberanian dan inovasi dalam era digital.

Pada hari kedua, program diteruskan dengan sesi Keyakinan Melalui Ekspresi anjuran Kelab Toastmasters AYS dengan kerjasama Bintulu Speakers Club dan Miri Toastmasters Club.

Sesi tersebut memperkenalkan rangka kerja Toastmasters International sebagai sistem pembangunan komunikasi dan kepimpinan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Presiden AYS Toastmasters, Ryshaune Lee, membentangkan modul Bengkel Pengucapan Awam bertajuk ‘Pemimpin Tidak Gagal, Mereka Belajar: Komunikasi Adalah Kunci, Bukan Andaian’ yang mendorong peserta agar melihat kesilapan sebagai peluang pembelajaran.

Bagi kebanyakan peserta, ia merupakan pengalaman pertama berucap di hadapan khalayak, namun mereka menamatkannya dengan lebih yakin dan bersemangat.

Majlis penutupan disempurnakan oleh Angellie Stephen Raja, Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, yang memuji kerjasama berterusan antara MYSED dan AZAM Sarawak dalam memperkukuh kepimpinan serta keyakinan diri belia di seluruh negeri.

PERKASAKAN BELIA… Antara pengisian dalam program Kepimpinan Dalam Belia.

“Belia adalah nadi masa depan Sarawak. Melalui program seperti ini, kita bukan sahaja membina keyakinan dan kemahiran komunikasi mereka, tetapi turut memupuk semangat tanggungjawab dan jati diri.

“Di bawah PCDS 2030, kerajaan negeri komited melahirkan pemimpin muda yang berkeupayaan, berkeyakinan dan berorientasikan komuniti,” katanya.

Menambah kemeriahan sambutan Sarawak Youth Week 2025, ahli AYS Toastmasters turut menyertai pertandingan Belia Ada Bakat: Pertandingan Pengucapan Awam bertemakan Teknologi Hijau: Memacu Masa Depan Sarawak.

Pertandingan itu menjadi platform bagi peserta membincangkan kemajuan Sarawak dalam bidang teknologi hijau, kemampanan dan inovasi.

Dalam pertandingan tersebut, Arween Zahra Raees, Setiausaha AYS Toastmasters, meraih tempat ketiga hasil penyampaian yang bernas dan berpengaruh, satu pencapaian membanggakan buat AZAM dan MYSED, menggambarkan impak nyata latihan serta pembangunan belia berterusan.

Bagi AZAM Sarawak, kerjasama ini mencerminkan falsafah utamanya ‘Gerakan Untuk Tujuan’ yang menekankan bahawa pembangunan sebenar bermula apabila komuniti diberdayakan untuk bertindak, berkomunikasi dan bekerjasama demi kebaikan bersama.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: KEMAS terus dekati rakyat, jayakan Program Santunan Desa di Baram
Next: Acara perlumbaan bot kuasa tinggi Regata Lingga 2025 dibatalkan atas faktor keselamatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.