Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Budaya Kantonis, perpaduan asas kekuatan komuniti
  • Tengah
  • WILAYAH

Budaya Kantonis, perpaduan asas kekuatan komuniti

Utusan Sarawak 17 hours ago
SIMBOLIK PERASMIAN…..Penghulu Huang Tiong Kang (empat kiri) memotong kek bulan sebagai tanda perasmian pertandingan nyanyian Suara Lagu Kantonis dan sambutan Perayaan Kuih Bulan. Foto Pusat Khidmat Repok 
 

SARIKEI: Warisan budaya dan semangat perpaduan terus disemarakkan menerusi penganjuran pertandingan nyanyian Suara Lagu Kantonis dan sambutan Perayaan Kuih Bulan anjuran Persatuan Kwong Wai Siew Sarikei. 

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii, berkata program tersebut memperkukuh keharmonian dan perpaduan komuniti setempat selain mengekalkan warisan budaya masyarakat Kantonis.

“Saya berasa amat berbesar hati kerana dijemput menghadiri majlis yang dianjurkan oleh Persatuan Kwong Wai Siew Sarikei, iaitu pertandingan nyanyian Suara Lagu Kantonis serta sambutan Perayaan Kuih Bulan pada malam ini.

“Saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada jawatankuasa penganjur serta semua ahli persatuan atas usaha murni menganjurkan program kebudayaan seperti ini yang memperkukuh keharmonian dan perpaduan komuniti setempat,” katanya. 

Tiong Sii berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Penghulu Huang Tiong Kang selaku wakil beliau, baru-baru ini. 

Beliau turut memuji inisiatif persatuan tersebut yang aktif memupuk semangat kebudayaan dan mengekalkan warisan masyarakat Kantonis melalui penganjuran aktiviti seni serta kebudayaan.

“Pertandingan nyanyian ini bukan sekadar medan hiburan, tetapi juga lambang penghargaan terhadap bahasa dan budaya Kantonis yang telah diwarisi turun-temurun. 

“Bahasa Kantonis bukan sahaja alat komunikasi, malah kaya dengan nilai sejarah dan warisan budaya.

“Melihat golongan muda mengambil bahagian secara aktif dalam pertandingan ini amat menggembirakan dan memberikan keyakinan bahawa budaya Kantonis akan terus berkembang subur di Sarawak,” ujarnya.

Tambahnya, kerajaan sentiasa menyokong perkembangan budaya pelbagai kaum di Malaysia dan menekankan bahawa keharmonian serta perpaduan kaum adalah tonggak kestabilan negara.

Pada majlis sama, beliau mengumumkan peruntukan sebanyak RM10,000 kepada Persatuan Kwong Wai Siew Sarikei bagi menyokong pelaksanaan aktiviti kebudayaan dan pembangunan komuniti setempat.

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Inisiatif Hijau MDS: Kurangkan karbon, tingkatkan kesedaran alam sekitar
Next: Bomba musnahkan sarang tebuan di Sungai Kesa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.